CIES: Arrizabalaga Terlalu Mahal, Adakah Barcelona Tawarkan Nilai Tepat Untuk Pogba?

International Centre for Sports Studies ataupun CIES Football telah mengemukakan analisis nilai pasaran beberapa pemain ternama dalam pasaran perpindahan.

Real Madrid dan Courtois ada ‘total control’ dalam situasi

Chelsea melepaskan Thibaut Courtois dengan nilai €35 juta kepada Real Madrid. Dalam pembelian ini, Chelsea telah melepaskan peluang untuk menjadna potensi seitar €19 juta lagi untuk penjaga gol tersebut.

Ini kerana nilai pasaran semasa untuk Courtois adalah €53 juta.

MADRID, SPAIN – AUGUST 09: New signing Thibaut Courtois of Real Madrid is presented to fans after he signed a six-year-deal with Real Madrid at Estadio Santiago Bernabeu on August 9, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Masalah itu timbul kerana Chelsea tidak menyelesaikan isu masa depan penjaga gol ini awal. Mereka terlalu yakin pemain ini akan kekal sedangkan sudah 2 musim berturut-turut Courtois memberikan bayangan beliau mahu ke Sepanyol.

Seterusnya, Real Madrid ada kelebihan dalam situasi Courtois. Penjaga gol itu menyatakan secara terbuka beliau mahu ke Real Madrid dan Chelsea pula terlalu lambat menyelesaikan isu perpindahan pemain.

Mereka turut membuang masa yang banyak dalam isu pertukaran pengurus. Kontrak Courtois memasuki tahun akhir dan beliau terpaksa dijual daripada menjadi percuma.

Kenapa Real Madrid tidak terdesak menawarkan harga lebih tinggi? Ini kerana mereka ada penjaga gol berkualiti iaitu Keylor Navas.

Chelsea bayar terlalu banyak untuk Kepa Arrizabalaga

Sebagai ganti, Chelsea membeli Kepa Arrizabalaga dengan nilai €80 juta. Ianya memang ‘overpriced’ kerana itu adalah bayarang klausa perlepasan.

Dalam pasaran semasa, CIES meletakkan nilai penjaga gol itu sekitar €19 juta. Jadi Chelsea membayar lebih €60 juta daripada nilai pasaran pemain tersebut. Sekali lagi isu pembelian panik membawa kepada masalah ini.

Chelsea dan pembelian panik berpisah tiada.

Sebagai perbandingan, beberapa minggu sebelum ini Liverpool membayar rekod dunia untuk Alisson sebelum dipecahkan oleh Arrizabalaga ke Chelsea.

Buat masa ini, CIES masih belum membuat analisis mereka tentang nilai Alisson Becker.

Adakah Liverpool menawarkan harga sepatutnya untuk Fekir?

Bosan dengan tawar menawar, Lyon akhirnya menamatkan negosiasi dengan Liverpool untuk Nabil Fekir. Lyon meminta €67.2 juta untuk pemain itu.

Liverpool awwalnya bersetuju, namun atas nasihat pakar perubatan pasukan mereka risau Fekir akan mengalami kecederaan berulang selepas 3 siri kecederaan lutut yang serius.

Liverpool menawarkan €60 juta. Lyon menolak bidaan itu.

Berdasarkan analisis CIES, Liverpool telah menawarkan harga yang sepatutnya untuk Nabil Fekir yang diletakkan pada nilai €62 juta.

Pemain itu dijangka sedang menurun nilai pasarannya. ‘Peak’ terbaik nilai Fekir pada pasaran perpindahan adalah pada Februari 2018 ketika bernilai €72 juta.

Adakah Barcelona menawarkan harga yang tepat untuk Pogba?

Barcelona dilaporkan menawarkan €110 juta untuk membeli Paul Pogba. Bidaan itu dilaporkan ditolak oleh Manchester United yang enggan melepaskan mana-mana pemain mereka.

Berdasarkan analisis CIES, nilai semasa Paul Pogba adalah €144 juta. Jadi Manchester United mungkin ada sebab kukuh menolak bidaan itu sama ada atas sebab saiz pasukan ataupun nilai pemain.

Nilai tertinggi Paul Pogba setakat ini adalah €154 juta pada November 2017 lalu.

Dengan pihak Barcelona menyatakan mereka masih membuka jendela perpindahan kelab mereka, mungkinkah ada drama dalam saga perpindahan ini?

Juventus membayar angka tepat untuk Ronaldo

CIES bersetuju dengan nilai yang dibayar oleh Juventus sebanyak €105 juta untuk Cristiano Ronaldo yang kini bernilai €108 dalam pasaran semasa.

Ia juga penjualan yang baik daripada Real Madrid dengan mengambil kira, mustahil mereka akan mendapat €1 billion seperti dalam klausa perlepasan Ronaldo.

Gambar: Juventus

Kedua-dua pihak setuju tiada melibatkan klausa tersebut dan Ronaldo meminta untuk ke Juventus.

Arsenal bayar nilai yang tepat untuk Torreira

Arsenal membayar €30 juta untuk Lucas Torreira. Dan CIES bersetuju untuk harga sepatutnya.

Nilai pasaran semasa untuk Torreira adalah €32 juta. Mereka harus berterima kasih kepada kelab seperti Juventus yang berjaya mendapatkan Emre Can.

Ini kerana Juventus dilaporkan antara kelab berminat dengan Torreira, jika itu berlaku, ia memerlukan Arsenal berbelanja lebih besar untuk pemain ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN