Gareth Southgate Serba Salah Nak Ketepikan Maguire

Gareth Southgate

Pengurus England, Gareth Southgate kini dalam dilema sama ada mahu menyenaraikan Harry Maguire dalam skuad England ataupun tidak untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah berdepan Iceland dan Denmark pada bulan depan.

Kapten Manchester United itu telibat dengan satu pergaduhan di Mykonos dan kemudiannya dilepaskan dari tahanan Polis Greece selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhannya di mahkamah.

Southgate akan menamakan skuad England buat kali pertama untuk tahun 2020 selepas kali terakhir Three Lions beraksi pada November 2019 ketika menang 4-0 di Kosovo dalam pusingan kelayakan EURO 2020.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan semua kalender bola sepak tertangguh termasuk kejohanan EURO yang telah ditunda ke tahun depan. Aksi pertama England adalah kunjungan ke Reykjavik bagi menentang Iceland pada 5 September sebelum bertemu Denmark di Copenhagen tiga hari berikutnya.

Gareth Southgate berkemungkinan akan menyenaraikan beberapa muka baharu seperti penyerang Manchester United, Mason Greenwood, kapten Aston Villa, Jack Grealish dan perancang tengah Manchester City, Phil Foden yang cemerlang bersama pasukan masing-masing kebelakangan ini.

Kapten pasukan, Harry Kane dijangka akan terus mengetuai pasukan walaupun kini sedang menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari Bahamas baru-baru ini.

Sekiranya Maguire diketepikan, Southgate mungkin akan memanggil beberapa calon lain. Antaranya adalah John Stones (City), Joe Gomez (Liverpool) atau Fikayo Tomori (Chelsea).

Kapten Liverpool yang terlepas empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tempoh hari disebabkan kecederaan lutut mungkin tidak akan dipanggil. Begitu juga dengan Ben Chilwell, Luke Shaw, Alex Oxlade Chamberlain dan James Maddison.

Kredit featured image: Mike Egerton/PA Images via Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Inggeris:

Leeds United Ditabal Juara Liga Kejuaraan Inggeris

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN