Bekas pengendali Kedah, Ramon Marcote menjadi sebutan bakal kembali ke saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan untuk bersama pasukan Kuala Lumpur.
Ini berikutan pengendali pasukan yang baru sahaja meraih promosi ke Liga Super 2021, Nidzam Adzha, tiada lesen Pro Diploma Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan tidak boleh membimbing skuad tersebut dalam saingan musim hadapan walaupun berjaya dalam misinya membawa The Hawks ke saingan tertinggi Liga M tersebut.
Fabio Maciel dan Aidil Sharin antara jurulatih import yang berada dalam radar Kuala Lumpur bagi menggantikan Nidzam Adzha Yusoff selaku 'head coach' musim depan. Nidzam kekal bersama KL tapi sebagai 'assistant coach' sebab tiada Pro-Licence. @ASTROARENA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 16, 2020
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pada minggu lalu. Menurutnya, “Saya sudah berbincang dengan Nidzam [Adzha], mungkin saya akan menggunakannya sebagai penolong jurulatih.”
Tambahnya lagi, “Tentang ketua jurulatih, kita kena tengok dulu. Saya menggemari ketua jurulatih yang nampak tidak akan menyusahkan jurulatih lain. Sebab apabila kami memilih ketua jurulatih, saya tidak mahu seorang yang tidak boleh bersama dengan jurulatih sedia ada. Ada beberapa jurulatih [luar negara] yang kami nampak.”
Kesediaan Kuala Lumpur untuk menagih khidmat pengendali asing bagi memantapkan pasukan untuk bersaing di Liga Super mungkin menyebabkan nama Ramon Marcote telah tiba-tiba kembali muncul. Kedua-dua jurulatih itu pernah bekerjasama ketika membimbing Kedah di saingan Liga Super beberapa musim yang lalu.
Marcote tunggu tawaran Kuala Lumpur
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 23, 2020
Dalam pada itu, Ramon Marcote yang turut dihubungi Nadi Arena berkata yang beliau mempunyai hubungan yang baik bersama Nidzam Adzha dan tiada masalah untuk bekerjasama bersama pengendali tersebut sekiranya benar khabar angin berkaitan dirinya akan ditawarkan kontrak untuk membimbing Kuala Lumpur nanti.
“Saya mempunyai hubungan baik dengan Nidzam, kami akrab. Tiada masalah untuk saya bekerjasama dengannya,” jelasnya sambil menekankan beliau bersedia untuk menggabungkan sentuhannya bersama jurulatih-jurulatih tempatan.
Sikap Berpuak Pemain, “Double Standard”, & Marcote Antara Sebab Kejatuhan Kedah – https://t.co/XTrz3dyIaa pic.twitter.com/Z4cVc6jYZo
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 20, 2018
Tambahnya lagi, “Saya ada mendengar khabar angin mengenainya tetapi setakat ini tidak mempunyai sebarang pengesahan daripada mereka. Tetapi segalanya berkemungkinan dan saya berminat [untuk mendengar tawaran itu].”
Ramon Marcote menyertai skuad Helang Merah sebagai ketua jurulatih untuk musim 2018, namun segalanya tampak tidak menjadi dan jodohnya tidak lama bersama mereka. Beliau kembali ke Eropah selepas ‘direhatkan’ Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan tempatnya diambil alih sementara oleh pembantunya, Nidzam Adzha.
KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA
Baca lagi artikel mengenai Ramon Marcote dan Kuala Lumpur:
EKSKLUSIF: Marcote Perjelas Isu Pallares, Hubungan Pemain, Akmal Rizal, KEPDA Dan Banyak Lagi
Nidzam Adzha: Pemain Sayap Prolifik Legenda Era Revolusi Skuad Hijau Kuning
Nidzam Adzha: Kuala Lumpur Di Landasan Tepat, Perlu Kekalkan Momentum