Gandingan Alif Ikmalrizal & Luqman Hakim Sedia Gegar Kejuaraan Piala Asia B-23

Dua penyerang muda bawah 23 (B-23) negara iaitu Muhammad Alif Ikmalrizal serta Luqman Hakim Shamsudin antara nama yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat untuk persiapan ke saingan Piala Asia B-23 2024.

Saingan Piala Asia B-23 bakal membuka tirai pada April tahun hadapan itu bakal dikendalikan oleh pengendali baharu mereka iaitu Juan Torres Garrido yang menggantikan khidmat E. Elavarasan.

Terdahulu, Elavarasan sah melepaskan jawatan tersebut untuk kembali bersama Kim Pan-gon di skuad senior dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan melantik Juan Torres yang sebelum ini bertugas selaku pembantu jurulatih B-23.

Selain Juan Torres, FAM turut melantik Shukor Adan yang sebelum ini berkhidmat bersama Kuala Lumpur City (KL City) untuk bersama berganding bahu memperkuatkan kembali skuad B-23 negara.

Untuk panggilan kali ini, Juan Torres telah memilih 25 pemain dari pelbagai kelab untuk mengikuti kem latihan pusat bawah seliaan beliau dengan beberaoa nama dilihat mencuri tumpuan.

Antaranya terarah kepada penyerang berbisa Penang iaitu Alif Ikmalrizal yang sebelum ini berjaya memberikan impak cukup besar untuk kejohanan Piala AFF B-23 selaku antara penjaring terbanyak.

Alif yang buat pertama kali dipanggil bersama skuad B-23 negara musim ini berjaya memberikan impak cukup besar di posisi serangan serta menjadi antara tunjang kekuatan pasukan ketika bawah kendalian Elavarasan.

Malah, Juan Torres juga terus memberi kepercayaan penuh buat Luqman Hakim yang kini bersama K.V Kortrijk di Belgium untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan menerusi pengalaman dimiliki penyerang muda tersebut di Eropah.

Senarai lain menyaksikan Fergus Tierney dan Najmudin Akmal terus dikekalkan bersama pasukan kebangsaan dan dua pemain ini boleh dianggap sebagai salah satu kunci kekuatan Malaysia B-23 di posisi serangan.

Pertahanan muda Selangor iaitu Harith Haiqal Adam Afkar juga antara tersenarai kali ini dan kelebihan beliau daripada segi ketajaman di hadapan gol serta disiplin pertahanan dimiliknya bakal digunakan sepenuhnya untuk saingan Piala Asia.

Dua pertahanan muda Terengganu yang kini semakin mendapat pujian ramai peminat bola sepak negara iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili serta Safwan Mazlan turut tersenarai untuk panggilan kali ini walaupun hanya berada dalam senarai simpanan bagi pasukan senior negara.

Selain itu, Juan Torres juga turut memilih gandingan berbisa Kuala Lumpur City (KL City) Haqimi Azim serta T. Saravanan untuk menyertai kem latihan pusat negara.

Untuk senarai pemain bersedia, Juan Torres telah memilih 16 pemain yang berkemungkinan akan menggantikan tonggak utama jika ada kecederaan atau perkara tidak dapat dielakkan berlaku.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN