Khabar yang tidak baik didengar dari Indonesia apabila pasukan yang dimiliki oleh Norizam Tukiman atau Zamsaham, PSPS Riau mengalami masalah kewangan.
Masalah kewangan yang dihadapi kemudiannya merebak sehingga berlakunya tunggakan gaji dengan para pemain sudah tidak memperolehnya selama dua bulan.
Laporan dari Indonesia menulis, terdapat segelintir pemain PSPS Riau yang sudah mula menyuarakan hak mereka kepada pengurusan kelab.
Namun begitu, respon yang mereka peroleh adalah tiada – pihak Zamsaham dan PSPS Riau hanya mendiamkan diri.
Permasahalan ini berlaku selepas saingan Liga 2 Indonesia terpaksa ditamatkan dengan kelab jufa menhentikan segala aktiviti berkaitan pasukan.
Kesemua pemain telah pun dicutikan kerana ketiadaan perlawanan. Pendek kata, musim 2022 buat mereka sudah pun tamat.
https://www.instagram.com/p/CkKAo89Sjnk/
Keputusan untuk pengurusan PSPS Riau berdiam diri jelas sekali mengundang resah para pemain kelab itu kerana ada diantara mereka yang sudah berkira-kira untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Namun semuanya tidak dapat dilakukan kerana pihak kelab tidak menyelesaikan lagi isu yang melanda mereka.
Setakat ini, Zamsaham juga tidak memberikan sebarang respon mengenai apa yang berlaku.