Thiago Silva Buktikan Yang ‘Defensive Awareness’ Beliau Berada Di Kelas Berbeza

‘Defensive awareness’ yang dimiliki oleh Thiago Silva sememangnya tidak boleh diragukan lagi dengan beliau membuktikan hal tersebut ketika bertemu RB Salzburg awal pagi tadi.

The Blues berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik saingan Champions League selepas kejayaan mereka menewaskan RB Salzburg 2-1 malam semalam.

Mateo Kovacic dan Kai Havertz cemerlang mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.

Walaupun mereka gagal untuk mencatatkan clean sheet dalam perlawanan tersebut, namun harus diakui yang barisan pertahanan Chelsea telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Trevoh Chalobah juga turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Thiago Silva di posisi center back.

Pasukan lawan melancarkan serangan dengan menghantar bola ke dalam kotak penalti Chelsea.

Kepa Arrizabalaga pula pada ketika itu keluar meninggalkan kawasannya untuk memenangi bola.

Berbanding turut sama mengejar dan berusaha memenangi bola, pemain pertahanan veteran itu memilih untuk kembali ke gawang gol dan mengambil alih tempat Kepa.

Penjaga gol Chelsea itu jelas sekali sudah tertewas namun mujur sahaja pemain pertahanan berusia 38 tahun itu pantas bertindak dan menyelamatkan keadaan.

Thiago jelas sedar yang bola akan menuju ke arah gawang golnya dan kerana itulah beliau segera kembali ke belakang Kepa untuk menyelamatkan keadaan.

Para peminat sangat teruja melihat kehebatan Thiago Silva itu dan mereka percaya ‘Defensive Awareness’ bintang Brazil itu sememangnya tidak boleh diragukan lagi.

“Saya rasa dia adalah pemain pertahanan terhebat era (2008- hingga kini). Dari Ac Milan ke PSG ke Chelsea. tahap persembahan dia tak pernah menurun. Seorang yang benar-benar hebat.”

“Pemain pertahanan muda perlu banyak belajar dari Thiago, dia seorang ikutan yang sungguh menakjubkan.”

“Saya tonton aksi dia berkali-kali, macam mana dia boleh ramal bola tu akan ke situ?”

“Kalau pemain lain, saya rasa mereka akan percaya kepada Kepa, tapi Thiago sendiri sementara itu boleh ramal sesuatu akan berlaku dan dia dah buat persiapan lebih awal.”

Thiago Silva merupakan antara pemain terpenting skuad Chelsea sejak dari awal ketibaan beliau ke bumi Stamford Bridge pada tahun 2020 yang lalu.

Walau bagaimanapun, kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada musim panas ini dan Graham Potter telah menyerahkan segala keputusan kepada Thiago sendiri untuk menentukan masa depannya.

“Keputusan ada di tangan Thiago sendiri.”

Jelas Graham Potter pada awal bulan baru-baru ini.

“Apa yang boleh saya bantu adalah membantu dia untuk menikmati bola sepak di sini, dan selain dari itu terserah dia dan pihak akan sentiasa menyokong.”

“Saya sudah berada di sini selama tiga ke empat minggu dan saya nampak kualiti dia. Dia seorang individu dan yang menakjubkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN