Liverpool Sedang Mengintai Peluang Untuk Menandatangani Son Heung-min Dari Spurs

Liverpool pada ketika ini dilaporkan sedang mengintai peluang untuk menandatangani Son Heung-min dari Tottenham Hotspurs dalam masa terdekat ini.

Selepas mendengar yang Son berhasrat mahu mencari cabaran baru, Liverpool dikatakan berminat untuk segera berunding untuk mendapatkan khidmatnya.

Son Heung-min telah beraksi bersama Tottenham Spur sejak dari tahun 2015 lagi dengan beliau pada ketika itu ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £22 juta dari Bayer Leverkusen.

https://twitter.com/abd7manan/status/1585175718085828610?s=20&t=rgAFpZXDnVKUdo5ENLPnZw

Bintang Korea Selatan itu merupakan antara pemain penyerang yang sangat prolifik dan beliau turut berjaya mencipta gandingan yang sungguh menakjubkan bersama Harry Kane.

Son pada musim lalu berjaya menjaringkan 23 gol dalam saingan Premier League dan beliau turut cemerlang memenangi anugerah kasut emas bersama Mohamed Salah.

Walau bagaimanapun, karier Son Heung-min bersama Spurs sepertinya sudah semakin tiba ke penghujungnya dengan beliau pada ketika ini berhasrat mahu meninggalkan kelab.

Media Jerman, Sport 1 mendakwa yang pemain berusia 30 tahun itu sangat berhasrat mahu meninggalkan Spurs dalam masa terdekat ini.

Laporan terbaru mendakwa yang Liverpool pada ketika ini sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Korea Selatan itu dari Tottenham Hotspur.

Selain Liverpool, Real Madrid dan Paris Saint Germain juga dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan Son.

Menurut sumber Caughtoffside, Liverpool pada ketika ini sedang memantau perkembangan terkini Son Heung-min bersama Tottenham Hotspur.

Kontrak Son bersama Tottenham akan tamat pada tahun 2025 nanti selepas beliau menandatangani kontrak baru pada penghujung tahun lalu.

Tottenham Hotspur sendiri sementara itu tidak akan melepaskan Son dengan harga yang lebih rendah walau bintang Korea Selatan itu sudah masuk ke usia 30 an.

Kelab dari London itu tidak mahu mengulangi kesilapan mereka melepaskan pemain-pemain penting kelab dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Spurs sebelum ini pernah melakukan kesilapan dengan menjual Toby Alderweireld, Christian Eriksen dan Delle Alli dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Harga pasaran semasa Son pada ketika ini dilaporkan bernilai £67.5 juta dengan beliau pada musim ini baru menjaringkan tiga gol sahaja.

Son cemerlang mencatatkan hat-trick ketika aksi bertemu Leicester City dan sehingga kini beliau sepertinya masih gagal untuk mengulangi persembahan sehebat seperti musim lalu.

Bagi Liverpool sendiri pula, mereka pada musim panas lalu telah melepaskan Sadio Mane dan telah menandatangani Darwin Nunez dari Benfica.

The Reds juga turut telah melanjutkan kontrak Mohamed Salah dan bintang Mesir itu sangat diharapkan akan mampu mengetuai jentera serangan Liverpool pada musim ini.

Kontrak Roberto Firmino bersama Liverpool juga akan tamat pada Jun 2023 nanti dan jelas sekali Jurgen Klopp perlu mendapatkan pemain baru untuk memantapkan jentera serangannya.

https://twitter.com/SportsbookBTC/status/1584917834920255491?s=20&t=rgAFpZXDnVKUdo5ENLPnZw

Son jelas sekali merupakan antara calon terbaik untuk ditandatangani oleh Liverpool memandangkan beliau ada rekod yang cemerlang dalam saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN