Gagal Ujian Aksi Sulung, Danial Amier Norhisham Diberikan Peluang Kedua

danial amier norhisham malaysia

Hanya 45 minit diberikan oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe kepada kapten terkini skuad B-23 negara, Danial Amier Norhisham untuk aksi pemanas badan berdepan Jordan tempohari dan pemain tersebut tampak seperti gagal memanfaatkannya.

Danial Amier Norhisham kelihat tenggelam dan gagal menjadi penghubung antara jentera tengah dan serangan sehingga menyebabkan penyerang tunggal, Norshahrul Idlan Talaha gagal berfungsi sepenuhnya untuk mengasak benteng akhir lawan.

Bercakap kepada wartawan sejurus perlawanan, pemain berusia 22 tahun itu menjelaskan yang beliau sedikit gugup dan mengakui tidak berpuas hati dengan apa yang telah dipamerkannya.

“Aksi bersama skuad kebangsaan di peringkat senior ini tahapnya sangat berbeza dan saya sendiri rasa tidak berpuas hati dengan persembahan malam ini. Saya akui saya sangat gementar di awal 10-15 minit pertama,” jelasnya kepada wartawan.

Ini merupakan penampilan sulungnya untuk skuad senior atas kecemerlangannya bersama skuad B-23 sebelum ini namun ianya tidak berjalan lancar akibat terlalu memikirkan persembahannya.

Selain itu, mungkin faktor sudah lama tidak beraksi di peringkat antabangsa akibat kecederaan yang dialaminya sehingga memaksa dirinya berehat panjang dan baru kembali beberapa kali beraksi bersama FELDA United dalam saingan Piala Malaysia 2019.

“Tekanan amat tinggi dan tanggungjawab sangat berat, jadi saya terlampau sangat fikir untuk membuktikan kemampuan selain elak daripada melakukan kesilapan dan mungkin kerana itu membuat saya gementar di atas padang,” tambahnya lagi.

Begitupun, sejurus perlawanan tempohari, Tan Cheng Hoe memilih untuk tidak menyalahkan Danial Amier Norhisham atas aksinya itu malah masih memberikannya peluang untuk berada di dalam senarai akhir skuad yang akan berangkat ke Jakarta.

“Seperti kita tahu, ini kali pertama Danial (Amier Norhisham) beraksi bersama skuad senior dan bukannya mudah untuk berdepan Jordan yang jauh lebih baik berbanding kita.

“Saya tidak menyalahkannya dan dia harus belajar daripadanya,” jelas pengendali berusia 51 tahun itu dalam sidang media selepas tewas 0-1 kepada Jordan dalam aksi persahabatan tempohari.

Danial Amier Norhisham tidak digugurkan daripada skuad yang bakal dibawa untuk aksi pembukaan Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia, Khamis depan.

Kredit Featured Image: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN