Frank Lampard Tak Mahu Chelsea Duduk Nombor 4 Lagi Musim Depan

Frank Lampard

Bagi pengurus yang tidak mempunyai pengalaman yang lama dalam permainan bola sepak, kejayaan Frank Lampard untuk menduduki tangga keempat Premier League musim ini seharusnya diberikan pujian.

Bukan itu saja, beliau turut berjaya membimbing Chelsea ke perlawanan akhir FA Cup musim ini walaupun tumbang ditangan Arsenal.

Namun, cukuplah pada beliau kejayaan itu pada musim ini sebaliknya beliau tidak mahu mengulanginya lagi.

Menurut laporan Evening Standard, Lampard mengatakan beliau kini memburu pencapaian yang lebih baik lagi pada musim hadapan dan tidak mendapatkan nombor empat sahaja.

“Tempat keempat saya rasakan itu adalah pencapaian, namun saya tidak akan berkata perkara yang sama musim hadapan.”

Bagi Lampard yang mememangi pelbagai kejuaraan bersama Chelsea semasa bermain, beliau perlu memberikan yang sama ketika menjadi pengurus kelab.

“Sukar untuk saya katakan sebagai warga Chelsea kerana di era moden kami beruntung dapat bersaing dalam Premier League, UEFA Champions League (UCL), FA Cup dan apa sahaja pertandingan yang disertai.”

Tambah Lampard lagi, lumrah dirinya yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki menjadikan beliau mahu membawa Chelsea ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.

Cabaran yang nyata disini adalah untuk mengekalkan status Chelsea sebagai pasukan yang menjadi muka tetap dalam saingan UCL di masa akan datang.

“Saya sedar mengapa penganalisis tidak memberikan kami harapan kerana skuad yang muda serta kami menggunakan pemain yang baru pulang dari tempoh pinjaman di EFL Championship.”

“Jadi siapa yang anda hendak harapkan untuk bermain 50 perlawanan semusim? Proses ini memang tidak senang, ianya adalah tempoh pembelajaran.”

“Masa sukar itu ada, tapi kita perlu laluinya untuk berada di tempat yang kita mahu.”

Baca juga artikel kami mengenai Frank Lampard:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN