Pengurus Chelsea, Frank Lampard menzahirkan keinginan beliau untuk terus kekal di Stamford Bridge melebihi dari tempoh kontraknya.
Jelas sekali, Lampard tidak mahu projek yang dilakukannya tidak berakhir di tengah jalan dan kerana itu beliau mahu terus kekal di Chelsea.
Menurut Goal, Lampard kini mempunyai 18 bulan lagi dalam kontrak semasanya dan belum lagi mendapatkan perbincangan dengan pihak kelab mengenai sebarang lanjutan.
“Saya rasakan yang ketika saya tiba di kelab, saya tahu banyak keadaan sukar dalam tahun pertama yang dimana kami melakukan proses transisi.”
“Saya fikir saya ambil kerja yang berbeza nak dibandingkan dengan mantan pengurus Chelsea sebelum ini dan ramai orang mula simpati mengenai itu. Kini, saya mahu menjadi sebahagian daripada pelan jangka panjang di sini.”
Keinginan Lampard itu jelas sekali dengan gerak kerjanya apabila majoriti pemain yang dibelinya adalah pemain muda seperti Kai Havertz dan Timo Werner.
“Pembelian yang kami lakukan pada musim panas lalu kecuali Thiago Silva adalah untuk masa kini dan depan.”
“Pemain-pemain itu semua akan meningkat prestasinya dan akan menjadi matang, dan saya mahu menjadi sebahagian daripada itu.”
Lampard sewaktu diterima sebagai pengurus baharu Chelsea diberikan lebih masa oleh pengurusan kelab untuk membina pasukan dan tidak dinilai dengan begitu awal dari segi jumlah kejuaraan.
Baca juga artikel kami mengenai Frank Lamprd:
Ivanovic: Lampard Akan Berjaya, Dia Mampu Bergelar Pengurus England
Ledak Empat Gol, Peluang Buat Olivier Giroud ‘Curi Hati’ Lampard
Frank Lampard: Status Sebagai Legenda Kelab Tak Buatkan Saya Kebal Dari Kecaman