Frank Lampard Ingatkan Pemainnya Jangan Beri Penalti Kepada MU

Frank Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu anak-anak buahnya berhati-hati dengan cabaran yang bakal diberikan oleh Manchester United.

Kedua-dua pasukan bakal merebut slot untuk ke perlawanan akhir FA Cup pada hujung minggu ini.

Menurut laporan The Guardian, Lampard berkata demikian selepas beliau menyedari kemampuan lawan mereka itu terutamanya dalam mendapatkan penalti

Musim ini, United merupakan pasukan yang menerima sepakan penalti yang terbanyak dalam Premier League dengan 13 kali.

“Pemain saya perlu berhati-hati kerana pemain Manchester United mempunyai tahap kualiti serta kepantasan terutamanya penyerang mereka.”

“Mereka bergerak dengan pantas jadi pemain saya perlu menggerakkan kaki dan bukannya terjun untuk melakukan bentesan.”

Kata Lampard itu adalah perkara penting yang perlu ada ketika dalam disiplin bertahan terutamanya ketika beraksi menentang pertahanan seperti pemain United.

Dalam masa yang sama, Lampard juga memuji keupayaan Bruno Fernandes dalam merencana gerakan beliau sewaktu di atas padang.

“Kita dapat saksikan semasa perlawanan menentang Aston Villa ada situasi yang kita rasakan penalti tetapi sebenarnya tidak.”

“Sebagai pemain, mereka boleh bercakap mengenai keputusan Video Assistant Referee (VAR) sama ada ianya adalah tepat atau tidak. Tetapi jika seorang pemain itu menghulurkan kaki dan tidak menggerakkan kaki tersebut maka ia semestinya membiarkan diri pemain itu terbuka untuk penalti, sama ada VAR ada atau tidak.”

Chelsea yang masih belum menang dengan United pada musim ini dalam seluruh kejohanan mencari-cari peluang untuk mendapatkan kemenangan pertama mereka pada Ahad ini.

Pemenang antara kedua-dua pasukan ini akan bertemu sama ada Arsenal atau Manchester City dalam perlawanan akhir.

Baca juga artikel kami mengenai Frank Lampard:

https://semuanyabola.com/saya-tidak-akan-lupakannya-frank-lampard-kecewa-kalah/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN