Musim hadapan, kita bakal saksikan AC Milan yang berwajah baharu!
Selepas mendapatkan Mateo Musacchio, AC Milan kini berjaya memperoleh pemain berusia 20 tahun yang merupakan pemain muda terhangat Atalanta iaitu Franck Kessie.
Namun begitu, Kessie ditandatangani secara pinjaman selama 2 tahun.
Selepas tamat tempoh pinjaman baharulah Kessie menjadi pemain AC Milan yang sah menerusi pembelian secara tetap.
#ACMilan signed @KessieFranck from @Atalanta_BC, on a two year loan with obligation to buy#weareacmilan pic.twitter.com/b9swANddxn
— AC Milan (@acmilan) June 2, 2017
Menurutu ejen beliau, Kessie merupakan pemain tengah muda yang sebenarnya sudah memperoleh perhatian daripada banyak kelab terutamanya.
Arsenal, Liverpool, Manchester City dan Manchester United antara yang berminat.
“Banyak kelab luar terutama dari Premier League mahukan Kessie.”
“Liverpool dengan pengurusnya Jurgen Klopp tahu macam mana nak bangunkan bakat pemain muda, Arsenal dengan pengurusnya yang suka dengan pemain yang bercakap bahasa Perancis.”
Selain itu, AS Roma turut berminat dalam mendapatkan pemain ini.
Namun begitu, Kessie memilih untuk bersama AC Milan dalam usaha mereka kembali bangkit dari tidur yang lena.
Musim ini, Kessie telah menjaringkan 6 gol dengan 4 bantuan gol dalam 30 penampilan bersama Atalanta.
Usaha itu telah membantu Atalanta menamatkan saingan Serie A di tangga ke-4 musim ini.
Selain itu, terdapat cakap-cakap yang AC Milan mahu dapatkan pemain-pemain lain seperti Andrea Belotti dan juga Alvaro Morata.
Selamat datang ke AC Milan!