Buffon Dedah Cerita Kegagalan Wenger Bawa Beliau Ke Arsenal

Sehingga hari ini, rekod perpindahan Gialuigi Buffon dari Parma ke Juventus masih lagi kekal sebagai rekod perpindahan tertinggi bagi seorang penjaga gol.

Walaupun begitu, rekod itu bakal dipecahkan Ederson Moraes jika perpindahan pemain itu dari Benfica ke Manchester City menjadi kenyataan.

Namun itu bukan kisah yang kami hendak ceritakan.

Penjaga gol lagenda ini mendedahkan bagaimana gagalnya Arsene Wenger dalam membawa beliau untuk menyertai Arsenal satu masa dahulu.

“Satu masa dulu, saya masih ingat yang banyak kelab Inggeris yang benar-benar mahukan khidmat saya.”

Beliau menceritakan pada usia 20 tahun, Wenger ada mengatakan hasrat untuk mendapatkan beliau sebagai pemain Arsenal ketika itu.

“Ketika saya berusia 20 tahun, saya ada sesi makan malam dengan Wenger. Ketika itulah saya tahu yang Arsenal berminat untuk dapatkan saya.”

“Akan tetapi ketika itu Arsenal mempunyai David Seaman yang merupakan penjaga gol utama mereka.”

Seaman ketika itu sememangnya penjaga gol utama Arsenal, ditambah pula ketika itu Arsenal mencatatkan rekod kejuaraan berganda apabila menjuarai Premier League dan FA Cup pada musim yang sama.

Buffon juga mendedahkan ketika itu selain Arsenal, Manchester United dan juga Manchester City mahu dapatkan khidmat beliau.

“Saya gemar akan Premier League. Ia satu liga yang menarik bagi saya.”

“Namun saya memilih untuk kekal setia bersama Juventus.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN