5 Pasukan Dengan Kemarau Trofi Yang Terlalu Lama (Melebihi 50 Tahun)

Dalam bola sepak, ada saja pasukan yang akan terkena kemarau piala.

Ada yang kemarau trofi secara am seperti tidak menang mana-mana piala untuk beberapa tempoh.

Ada juga yang kemarau trofi tertentu seperti gelaran liga atau gelaran piala nasional misalnya.

Artikel ini akan menceritakan 5 pasukan kemarau trofi untuk satu tempoh yang cukup lama untuk satu-satu kejuaraan.

Tempoh lama yang dimaksudkan bukannya tempoh 24 tahun Liverpool kemarau liga atau kemarau 13 tahun Perak tanpa Piala FA Malaysia, kemarau ini melibatkan 50 tahun ke atas!

5. Chelsea

Chelsea pada era sebelum Roman Abramovich bukanlah sebuah pasukan yang cukup mendominasi bola sepak Inggeris seperti apa yang mereka lakukan sekarang.

Kali terakhir mereka menjulang kejuaraan liga apabila saingan Premier League dikenali sebagai First Division pada musim 1954/1955.

Namun selepas itu, pelbagai kekecewaan dilalui mereka sebelum Abramovich hadir untuk memberikan suntikan dana kepada pasukan.

Akhirnya selepas 50 tahun dengan didikan Jose Mourinho, Chelsea kembali merangkul gelaran liga pada 2005.

Sejak dari itu, mereka mula menjadi muka tetap pemenang Premier League.

4. Aston Villa 

Berdasarkan sejarah, Aston Villa adalah sebuah kelab yang kaya dengan kejuaraan dalam bola sepak Inggeris.

Gelaran terakhir bagi bekas juara Eropah ini adalah pada musim 1909/1910. Selepas itu, penantian cukup panjang menimpa mereka.

Musim demi musim, Aston Villa akhirnya berjaya merangkul gelaran First Division pada 1981.

Kejayaan itu sekaligus menamatkan kemarau trofi liga selama 71 tahun yang menimpa mereka.

3. Blackburn Rovers

Blackburn Rovers kini merupakan kelab yang mundur dan suram dengan prestasi mereka diatas padang.

Namun ketika era awal Premier League sekitar awal 1990-an, mereka adalah pasukan yang cukup menarik untuk diikuti!

Dalam sejarah, Blackburn Rovers hanya memenangi 3 gelaran liga sahaja dengan 2 gelaran pertama hadir pada era Perang Dunia Pertama pada 1914.

Gelaran ketiga mereka dan yang terakhir hanya hadir 81 tahun kemudian selepas skuad yang ditunjangi oleh Alan Shearer dan Tim Sherwood berjaya memadam badi itu.

Blackburn Rovers adalah 1 daripada 6 pasukan yang pernah memenangi Premier League sejak diperkenalkan pada 1992.

2. Negeri Sembilan

Dalam kancah bola sepak kita, terdapat juga pasukan yang mempunyai kemarau trofi yang cukup panjang.

Negeri Sembilan antara beberapa pasukan yang terkena kemarau tersebut.

Skuad Jang memerlukan 61 tahun untuk menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi mereka pada 1948 menewaskan Selangor.

Mereka kembali mendakap piala tersebut pada 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 dengan jaringan dari Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar serta penalti Zaquan Adha memberikan kejuaraan buat mereka.

p/s: Negeri Sembilan juara pada tahun 2009. Cantik saja bunyinya itu.

1. Hibernian

Ini merupakan kemarau kepada segala kemarau.

Hibernian mempunyai rekod kemarau trofi yang cukup panjang dari mana-mana pasukan.

Mereka kemarau trofi iaitu Scottish Cup selama 114 tahun. Ya, 114 tahun!

Hibernian memenangi Scottish Cup pada 1902 dan sejak dari itu mereka tewas 10 perlawanan akhir yang mereka sertai!

Ia termasuklah perlawanan akhir Scottish Cup pada 2012 apabila mereka dimalukan musuh tradisi Heart of Midlothian selepas dibelasah 5-1.

Kemarau itu tamat selepas mereka menewaskan Rangers di perlawanan akhir pada 2016 dan mereka perlukan gol dari minit akhir dari kapten mereka untuk tamatka kemarau itu.

Cara yang terbaik untuk tamatkan kemarau kejuaraan anda. Lihat sahaja betapa gembiranya mereka!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN