Bekas penyerang dan legenda Belanda, Marco van Bansten telah digantung dari bersiaran langsung oleh Fox Sports selepas komen berbaur Nazi.
Edisi Belanda siaran media antarabangsa itu berkata frasa “Sieg Heil” yang sentiasa dikaitkan dengan gerakan Nazi adalah bodoh dan tidak sesuai untuk disebut.
Dalam satu kenyataan permohonan maaf, Van Basten yang kini berusia 55 tahun menjelaskan ia bukan niat beliau untuk mengejutkan penonton dengan penggunaan frasa tersebut.
Marco Van Basten suspended for performing Nazi expression https://t.co/0e1iXjfibO pic.twitter.com/p33g3ZNuqr
— En24 News (@En24Newsy) November 25, 2019
Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak tiga kali itu kini digantung selama seminggu oleh Fox Sports, dan gaji beliau selama tempoh tersebut akan disalurkan kepada Institut Dokumentasi Perang Belanda.
Bekas penyerang AC Milan era Arrigo Sacchi itu berkata beliau cuba menjelaskan menunjukkan rasa ‘cemburu’ akan Bahasa Jerman yang diguna rakan sejawat Hans Kraay pada ketika itu.
Kraay baharu sahaja melakukan temuramah bersama pengendali Heracles, Frank Wormuth yang berasal dari Jerman selepas pasukannya tewas 4-1 kepada Ajax dalam perlawanan pada Sabtu lalu.
Wow. Marco van Basten. Ongelooflijk. pic.twitter.com/tkm8mJpBmZ
— Yorin (@TheReaIYorin) November 23, 2019
Selepas memohon maaf secara terbuka, Van Basten turut berkata: “Kehidupan ini juga seperti bola sepak. Adakalanya anda berjaya menjaringkan gol, adakalanya anda gagal.
“Tetapi jika anda gagal, ia tidak bermakna anda seorang yang jahat.”
Fox Sports turut menjelaskan Van Basten tidak pernah berniat melukakan hati sesiapa dengan komen tersebut.
Bekas pemain yang juga kini penganalisis bola sepak itu kini sudah meminta maaf dan menerima hukuman yang diberikan.
Van Basten dijangka akan kembali di dalam program De Eretribune pada 7 Disember hadapan.