Selepas pelbagai kejayaan diraih dengan formasi 5-3-2 yang diperkenalkan Park Hang-seo, Vietnam akan menggunakan pendekatan baharu di saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung pada awal Jun depan.
Sejak dilantik bermula pada 2017, beliau telah melalui 48 perlawanan dengan menang 32 daripadanya dan hanya lima kali tewas. Vietnam merupakan pasukan terbaik rantau ASEAN untuk pasukan B-23 sepanjang lima tahun dikendalinya. Kejayaan terbesarnya adalah ketika muncul sebagai finalis Kejohanan AFC B-23 2018.
🇻🇳 U23 VIETNAM UNDER PARK HANG SEO ERA
After the 31st SEA Games, Coach Park Hang Seo will bid farewell to U23 Vietnam to lead the country's national team.
👉 From 2017-2022, he led 3 generations of U23 Vietnam with a record of 3️⃣2️⃣ wins, 1️⃣1️⃣ draws, 5️⃣ losses.#VFF #PHS pic.twitter.com/eWlwmLZJGX
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 23, 2022
Taktikal Park lebih kepada kekuatan bertahan dan melakukan ‘counter-attack’. Selain itu, mereka juga mahir bekerja sebagai sebuah unit, memiliki skil dan kawalan bola yang baik serta memiliki benteng yang ampuh.
Formasi 5-3-2 atau 5-4-1 antara yang digunakannya dan sememangnya ia memberi fokus kepada kekuatan ketika bertahan. Ini kunci mereka mara sejauh ke pentas final Kejohanan AFC B-23 (kini Piala Asia B-23).
Dan akhirnya ia berkubur apabila Park mengundurkan diri dan menyerahkan tugas kepada Gong Oh-kyun.
Usai meraih medali emas, Park Hang-seo tak lagi melatih Timnas Vietnam U-23. Tim diserahkan ke mantan asisten Shin Tae-yong, Gong Oh-kyun.
SEA Games edisi berikutnya sudah tidak ada Park Hang-seo 😢https://t.co/4FCsHx16As
— VFC Indonesia (@vocketfcID) May 24, 2022
Gong pula ketika diumumkan sebagai pengendali baharu pasukan mengharapkan para pemain akan segera menyesuaikan diri kerana beliau ada pendekatannya tersendiri untuk diketengahkan dalam saingan Piala Asia.
Tiada lagi formasi dengan lima pertahanan ketika dalam fasa bertahan. Mereka akan menggunakan formasi 4-3-3, menurut pendedahan oleh salah seorang pemain skuad tersebut kepada media Vietnam, VNExpress.
“Gong akan praktikan formasi 4-3-3. Formasi ini fokus kepada menyerang, menggunakan hantaran pendek untuk memula asakan. ‘Coach’ Park lebih fokus kepada bertahan dan menggemari ‘counter-attack.”
Tran Van Cong, VNExpress
Selain formasi, gaya permainan juga dikatakan berlainan. Sesi latihan dikendalikan Gong dilihat menekankan ‘pressing’, pergerakan yang aktif, kerjasama sebagai satu unit dan menyudahkan peluang dari sudut sukar.
Gong berpengalaman luas sebagai penolong jurulatih untuk skuad B-17, B-18, B-20 dan B-23 Korea Selatan. Pada tahun 2020, beliau bekerja sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong.
Dan mungkin disebabkan itu, beliau dilihat cenderung untuk menggunakan formasi yang sama dengan Shin.
Dalam aksi persahabatan berdepan UAE B-23 semalam, Vietnam memang turun dengan formasi tersebut dan mereka tewas 0-3. Tetapi Gong tidak mahu terlalu fikirkan soal taktikal tersebut menjadi atau tidak, ketika ini.
“Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak tentang strategi 4-3-3 yang saya pakai untuk skuad Vietnam B-23. Saya menilai para pemain mempunyai kemampuan untuk bermain bola sepak yang komprehensif. Saya yakin strategi ini tepat untuk skuad Vietnam B-23. Saya harap para pemain akan bermain dengan lebih baik.”
Gong Oh-kyun, Football5Star
Vietnam telah diundi bersama Korea Selatan, Thailand dan Malaysia dalam Kumpulan C untuk saingan Piala Asia B-23. Pertembungan pertama kumpulan ini akan menemukan Vietnam dan Thailand serta Korea Selatan akan berdepan Malaysia pada 2 Jun. Korea Selatan merupakan juara bertahan kejohanan ini – edisi 2020.