“Tutup Sahaja Undian!” – Thierry Henry Anggap Hanya Seorang Calon Sahaja Layak Menang Ballon d’Or

Thierry Henry Ballon d'Or

Selepas kejayaan Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), legenda Perancis, Thierry Henry menghantar mesej penting yang ditujukan kepada France Football, penganjur anugerah Ballon d’Or.

Tiada pihak yang mampu menafikan status The Los Blancos selaku pasukan paling berjaya dalam sejarah penganjuran kejohanan terulung Eropah tersebut selepas memenanginya buat kali ke-14.

Namun pencapaian pada musim ini dianggap begitu istimewa buat skuad kendalian Carlo Ancelotti terutamanya selepas melihat perjalanan ke perlawanan akhir apabila bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pasukan gergasi lain seperti PSG, juara bertahan Chelsea dan Manchester City.

UCL: Gol Jaringan Vinicius Jr Bantu Real Madrid Julang Mahkota Eropah Ke-14

Musim ini juga menjadi saksi kepada kehebatan Karim Benzema yang menjadi tunjang utama kepada kejayaan Real yang turut menjuarai La Liga.

Tanpa berfikir panjang, Henry telah menggesa majalah France Football untuk tidak membuat undian untuk menentukan pemenang Ballon d’Or pada tahun ini dan serahkan sahaja anugerah tersebut kepada Benzema.

“Saya cuma nak cakap satu benda kepada France Football atau siapa sahaja yang nak mengundi. Tutup sahajalah undian, Benzema menang. Bye,” – ujar Henry ketika mengulas ketika menjadi pengulas di CBS Sports.

Untuk penentuan pemenang, terdapat sedikit perubahan pada format penentuan pemenang yang mengambil kira pencapaian sepanjang musim – berbanding pencapaian sepanjang tahun.

Ia bermaksud pemenang bagi tahun ini tidak akan mengambil kira pencapaian untuk kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung pada bulan November ini sekaligus memberikan kelebihan kepada Benzema sebagai pilihan utama untuk memenanginya.

Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir, penyerang Perancis tersebut memainkan peranan penting sepanjang laluan ke Stade de France dengan menjaringkan gol ke atas PSG, Chelsea dan Manchester City.

Bekas pemain Liverpool dan Real Madrid, Steve McMcmanaman turut bersetuju dengan Henry dan memilih Benzema untuk memenangi anugerah berprestij tersebut buat kali pertama dan memecahkan dominasi Messi dan Ronaldo.

“Saya jika Benzema memenangi Champions League, dia layak untuk memenanginya. Tapi jika Liverpool yang menang, Salah atau Mane juga boleh mendapatkannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN