“Setiap Pemain Mempunyai Peluang Beraksi” – Maloney Akui Sukar Tentu Kesebelasan Utama Skuad B-23

Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) telah pun tiba semalam di Tashkent, Uzbekistan bagi mengharungi saingan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung pada 1 Jun ini dengan Brad Maloney mengekalkan pemain sama ketika aksi Sukan SEA lalu.

Walaupun mendapat kritikan segelintir pemerhati bola sepak negara kerana enggan menambah tenaga baharu dalam skuad muda kebangsaan, Maloney tetap dengan pendirian beliau yang percaya barisan pemain beliau mampu melakar keputusan positif dalam kejohanan tersebut.

Maloney juga nyata amat gembira kerana dua pemain tonggak dalam pasukan kendaliannya iaitu Mukhairi Ajmal dan Nik Akif Syahiran berjaya dikekalkan dalam senarai kali ini untuk mengharungi misi getir berdepan perlawanan yang jauh lebih sukar berbanding sebelum ini.

Menurut pengendali dari Australia itu, kedua pemain tengah kreatif tersebut berkemungkinan besar bakal menjadin pilihan beliau untuk digandingkan bersama dalam kesebelasan utama.

Selain itu, Maloney juga menyatakan setiap pemain mempunyai peluang sama rata untuk diberi peluang beraksi kerana mereka bakal dinilai berdasarkan sumbangan dalam setiap perlawanan yang diharungi.

“Setiap pemain berpeluang dan kedua-dua pemain ini adalah pemain utama dan sangat bagus mereka juga tersedia untuk pemilihan

“Kami akan mengambil setiap perlawanan mengikut meritnya sendiri, supaya perlahan-lahan membentuk apa yang kita panggil kesebelasan utama tetapi buat masa ini agak awal untuk mengatakannya,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dalam masa sama, Maloney turut mengakui beliau mengalami kesukaran untuk menentukan barisan terbaik dalam kesebelasan utama kerana setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing dan sentiasa menunjukkan persaingan sewaktu sesi latihan.

“Setiap pemain mempunyai peluang berlawan dan terdapat banyak persaingan dalam kumpulan ini walaupun ketika latihan…semua pemain sentiasa mahu menunjukkan mereka layak berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Selain Nik Akif dan Mukhairi, beberapa lagi tonggak yang dilihat menyerlah bersama skuad kendalian Maloney ialah Syafik Ismail, Ubaidullah Shamsul, dan juga Aiman Afif di posisi tersebut.

Barisan serangan juga dijangka bakal mempamerkan sesuatu berbeza kali ini setelah Mukhairi sebelum itu ada mendedahkan Luqman dan Hadi menjalani latihan tambahan untuk menajamkan posisi tersebut bagi memburu gol.

Skuad kendalian Maloney bakal bertemu lawan pertama mereka iaitu juara bertahan, Korea Selatan pada 2 Jun ini diikuti Thailand dan Vietnam dalam aksi peringkat Kumpulan C.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN