Football Manager Aturkan Simulasi Buat Kylian Mbappe, Bantu Cari Pilihan Terbaik Destinasi Seterusnya

Kylian Mbappe adalah bakat baharu bola sepak yang paling dikehendaki pada masa ini. Tidak ramai pemain yang mampu mencetuskan fenomena dalam dunia bola sepak seperti yang telah dilakukan oleh Kylian Mbappe.

Kylian Mbappe melalui musim pertama yang menakjubkan sebagai pemain muda bola sepak profesional apabila 26 gol yang dijaringkannya membantu Monaco muncul juara Ligue 1 Perancis.

Di pentas eropah, Mbappe adalah inspirasi buat Monaco sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir UEFA Champions League (UCL) sebelum disingkirkan oleh Juventus.

Impak yang dibawa oleh Mbappe di Monaco menjadikan pemain berusia 18 tahun ini menjadi rebutan kelab-kelab gergasi lain di Eropah.

Tidak kurang daripada 5 buah kelab di serata Eropah telah menyatakan minat secara terbuka untuk menandatangani Kylian Mbappe untuk saingan pada musim hadapan.

Tanda harga tidak kurang daripada £120 juta bukanlah penghalang untuk kelab seperti PSG, Real Madrid, Arsenal, Manchester City dan malah Liverpool mengimpikan tandatangan beliau.

Kylian Mbappe jelas perlu membuat keputusan yang akan menentukan masa depan kariernya jika enggan kekal bersama Monaco pada musim hadapan.

Apakah yang akan berlaku sekiranya Mbappe menyertai mana-mana kelab yang tersebut di atas?

Ini bukanlah dunia realiti. Sudah tentu kejayaan karier seseorang pemain di sesebuah kelab bergantung kepada usaha keras pemain itu sendiri.

Bagaimanapun, kita ikuti simulasi permainan Football Manager (FM) selama semusim untuk meneropong dan meramalkan karier bola sepak Mbappe di kelab-kelab tersebut.

Paris Saint-Germain (PSG)

PSG akan membayar yuran dengan rekod dunia sebanyak  £118 juta untuk Mbappe. Nilai tersebut adalah termasuk pelbagai klausa tambahan berdasarkan penampilan dan pencapaian Mbappe.

Mbappe akan bermain di sebelah kiri dalam sistem 4-5-1 dengan Edison Cavani akan bermain sebagai penyerang tunggal.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Beliau tampil sebanyak 32 kali untuk PSG dan 12 daripada penampilan tersebut adalah sebagai pemain gantian. Ini disebabkan PSG mengamalkan sistem gantian (rotation) untuk membenarkan Julian Draxler turut beraksi di posisi yang sama.

Mbappe menjaringkan 11 gol dan menyumbang 7 bantuan gol serta mempunyai purata rating 7.26, ke-7 tertinggi di dalam skuad PSG.

Beliau turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dalam pertemuan menentang Montepellier, menjaringkan 1 gol dan menghasilkan 1 bantuan gol dengan rating keseluruhan 9.2.

(Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Akhirnya, Kylian Mbappe membantu PSG muncul sebagai juara Ligue 1 namun tewas di peringkat separuh akhir Coupe de France.

Perjalanan di UCL turut menyaksikan Juventus sekali lagi menjadi penghalang Mbappe apabila PSG disingkirkan oleh kelab dari Turin itu di peringkat suku akhir.

Real Madrid

Real Madrid harus membayar nilai rekod dunia £120 juta untuk membawa Kylian Mbappe ke Estadio Santiago Barnabeu.

Zinedine Zidane terpaksa menjual Karim Benzema dengan nilai  £55 juta untuk menanggung kos pembelian Mbappe.

(Photo credit should read BERTRAND LANGLOIS/AFP/Getty Images)

Dengan formasi 4-2-3-1, Cristiano Ronaldo kekal sebagai penyerang tunggal dan Mbappe bermain sebagai sayap kiri.

Tampil hanya dalam 28 perlawanan untuk Los Blancos, Zidane memilih untuk menurunkan Gareth Bale di sebelah kiri dan Lucas Vasquez di sayap kanan.

Bagaimanapun, Mbappe masih mampu menjaringkan 9 gol dan 13 bantuan gol- kebanyakkannya untuk Ronaldo.

Mbappe (GETTY)

Kylian Mbappe turut menjaringkan 2 gol ketika menewaskan Real Betis 3-0 dalam saingan La Liga sekaligus dipilih pemain terbaik perlawanan.

Secara keseluruhan, Mbappe adalah pemain ke-6 terbaik di kalangan skuad Real Madrid dengan rating 7.21.

Real Madrid dan Mbappe memenangi kejuaraan La Liga dengan kelebihan 3 mata, mara hingga ke separuh akhir Copa del Rey dan mendakap kejuaraan ke-13 UCL buat kelab madrid tersebut.

Arsenal

Kylian Mbappe menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai  £75 juta.

Sepertimana di Real Madrid dan PSG, Mbappe turut beraksi di sebelah sayap kiri dan kadang kala sebagai penyerang tunggal dalam formasi 4-2-3-1 Arsene Wenger,

Di Arsenal, Mbappe tampil sebanyak 32 kali, dan 9 daripada penampilan tersebut adalah sebagai pemain gantian.

(Photo by Aurelien Meunier/Getty Images)

14 gol jaringan Mbappe dalam semua pertandingan untuk Arsenal menyaksikan 13 daripada gol tersebut dijaringkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kylian Mbappe turut menyumbangkan 5 bantuan gol dan merupakan pemain ke-5 terbaik skuad Arsenal dengan purata rating 7.30 untuk keseluruhan musim.

Persembahan terbaik Mbappe bersama Arsenal ialah ketika membantu pasukannya menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol dalam kemenangan 4-1 ke atas West Bromich Albion.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Akhirnya, Kylian Mbappe membantu Arsenal berada di kedudukan ke-2 liga, ketinggalan hanya 2 mata di belakang juara, Manchester City.

Mbappe turut membantu Arsenal muncul juara Piala FA dan layak sehingga pusinga ke-4 Piala EFL. Tiada rekod untuk saingan UCL kerana Arsenal tidak melayakkan diri ke saingan eropah tersebut pada musim depan.

Manchester City

Manchester City berjaya membawa masuk Kylian Mbappe dengan tanda harga  £100 juta daripada Monaco pada musim panas ini.

Untuk itu, City harus melepaskan Wilfred Bony, Nolito dan juga Fabian Delph untuk menampung kos membawa masuk Mbappe.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Mbappe bermain di pelbagai possisi ketika Pep Guardiola sering menukar formasi pasukan berdasarkan taktikal permainan dan lawan yang dihadapi.

Dengan formasi 4-5-1 dan juga 4-2-3-1, Mbappe akan beraksi di kedua-dua belah bahagian sayap. Pep Guardiola turut mempercayai Mbappe untuk beraksi sebagai penyerang tunggal dalam beberapa perlawanan.

Di City Mbappe membentuk persefahaman yang jitu bersama Gabriel Jesus, menjaringkan 12 gol dan menghasilkan 10 bantuan gol sepanjang musim.

(Photo credit should read VALERY HACHE/AFP/Getty Images)

Dengan rating 7.19, Mbappe adalah pemain ke-7 terbaik dalam skuad Manchester City. 2 gol dan 1 bantuan golnnya membantu Manchester City menang 5-0 menentang Leeds dalam saingan Piala FA.

Walaupun berjaya bergelar juara EPL, Mbappe dan City hanya mampu layak ke peringkat separuh akhir Piala FA, separuh akhir Piala EFL dan tersingkir di peringat 16 pasukan terakhir saingan UCL kepada Atletico Madrid.

Liverpool

Juergen Klopp terpaksa memecah rekod kelab Merseyside itu dengan membayar  £72 juta untuk membawa Kylian Mbappe daripada Monaco.

Klopp gemar mengunakan formasi 4-2-3-1 dengan Mane dan Mbappe kerap bertukar posisi di setiap sisi sayap rangkaian bertiga posisi tersebut.

(Photo by Pascal Della Zuana/Icon Sport)

Mbappe tampil 33 kali untuk kelab Anfield itu dan merupakan pilihan utama Juergen Klopp berbanding satu lagi pemain baru Liverpool, Mohammed Salah.

Bagaimanapun pencapaian keseluruhan Mbappe di Liverpool adalah yang paling sederhana berbanding dengan 4 pasukan yang lain dengan purata rating 7.04.

Persembahan terbaik Mbappe bersama Liverpool ialah ketika menjaringkan 1 gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Southampton di tempat lawan.

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Pembelian Mbappe turut tidak membantu Liverpool mengakhiri kemarau trofi EPL apabila mengakhiri musim sekadar di tempat ke-4.

Walaupun berjaya membawa Liverpool memenangi Piala EFL, Liverpool disingkirkan di peringkat suku akhir Piala FA dan di peringkat 16 pasukan saingan UCL kepada Benfica.

Rumusan

Apa pendapat anda? Kelab manakah yang harus menjadi pilihan Kylain Mbappe? Nyatakan pandangan anda di ruangan komen.

Sumber:

1. On Moddy, Mirror (2017):Football Manager simulates how Kylian Mbappe would do at Real Madrid, PSG, Arsenal, Liverpool and Man City;
http://www.mirror.co.uk/sport/row-zed/football-manager-kylian-mbappe-simulates-10688899

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN