Bakal Tinggalkan Kelab, Dani Alves Tulis Ucapan Penuh Emosi Kepada Peminat Juventus

Dani Alves telah mengesahkan pemergian beliau dari kelab Juventus menerusi kemaskini terbaharu beliau di Instagram.

Beliau dikatakan akan mengesahkan perpindahan ke Manchester City untuk kembali bersama pengurus lama beliau, Pep Guardiola.

Alves menggunakan Instagram beliau sebagai medium terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Juventus.

Berikut adalah terjemahan ringkas untuk ucapan penuh emosi beliau itu:

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua peminat Juventus diatas apa yang saya peroleh, kepada rakan sepasukan yang menerima kehadiran saya dengan penuh profesional, kepada kelab yang memenangi perlawanan dan mara ke perlawanan akhir.”

“Dedikasi saya untuk kelab ini dan juga penyokongnya, jiwa dan keringat saya adalah untuk memastikan kelab ini menjadi lebih baik setiap hari.”

“Saya minta maaf kepada penyokong Juventus jika kadangkala mereka merasakan saya telah melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka.”

“Saya tidak pernah berniat untuk melakukannya cuma saya seorang yang amat spontan dan hanya beberapa orang sahaja yang memahaminya.”

“Walaupun saya tak sempurna, namun hati saya suci.”

“Hari ini, hubungan profesional kita berakhir dan saya akan bawa pergi mereka yang punya cinta dan sayang dalam menjadikan Juventus kelab yang gemilang.”

“Seperti semua orang tahu, saya selalu bercakap apa yang saya fikir dan saya rasa. Jadi saya rasa saya perlu ucapkan terima kasih kepada Marotta diatas peluang yang diberikannya kepada saya.”

“Beliau adalah seorang profesional yang hebat dan seseorang yang mencintai kerjaya yang dilakukan.”

Marotta merupakan antara orang penting dalam karier bola sepak Alves yang penuh warna.

“Saya bukan bermain bola sepak kerana wang, sebaliknya kerana saya cintakan kerjaya ini dan mereka yang menjadi sebahagian daripadanya.”

“Saya serahkan kepada anda untuk menilai apa yang saya telah lakukan dan kerjakan. Saya cintakan bola sepak dan wang tidak akan bawa saya ke tempat lain.”

Sumber:

  1. Sky Sports (2017): Dani Alves confirms Juventus exit in goodbye message to fans; http://www.skysports.com/football/news/12961/10929410/dani-alves-confirms-juventus-exit-in-goodbye-message-to-fans

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN