Kedah Darul Aman (KDA) kini dilihat sudah pun mencapai kemuncak dalam persiapan mereka dengan senarai pemain ketika ini sudah pun hampir lengkap secara keseluruhan.
Terbaharu, Sang Kenari dikhabarkan bakal menandatangani dua pemain import baharu yang beraksi di posisi serangan untuk membawa cabaran musim 2023.
In transit and on the way…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood7 pic.twitter.com/yJD0s7SQck
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 26, 2023
Untuk rekod, ketika ini KDA sudah pun mempunyai seorang penyerang import yang sudah pun didaftarkan secara rasmi iaitu Willian Lira.
Lira yang berasal dari Brazil ketika ini mempamerkan aksi yang cukup baik buat KDA setelah ketajaman beliau di hadapan gol mendapat pujian positif dalam kalangan penyokong tempatan.
Daripada tiga aksi persahabatan yang dilalui KDA, pemain ini sudah pun meledak empat jaringan secara keseluruhan dan memberi khabar baik buat Nafuzi Zain.
SELAMAT DATANG WILLIAN LIRA SOUSA 🇧🇷
Willian Lira bermain di posisi penyerang akan menyarung jersi 9️⃣ pasukan KDA FC musim 2023! Beliau hadir dengan satu matlamat bagi membantu Sang Kenari mara lebih jauh musim ini. pic.twitter.com/ydUGXTdL1l
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 5, 2023
Sebelum ini, KDA sudah pun membawa masuk seorang penyerang kelahiran Ghana iaitu Ebenezer Assifuah untuk diuji terlebih dahulu sebelum ditandatangani.
Namun, aksi yang dipamerkan Assifuah tidak mendapat tempat di hati kejurulatihan KDA dan pemain itu dikhabarkan sudah pun dihantar pulang oleh pihak pengurusan kelab.
Walaupun tampil dengan rekod lampau yang agak menarik menerusi penampilan bersama skuad kebangsaan Ghana dan bermain dalam saingan liga di Eropah, aksi yang ditampilkan Assifuah jelas gagal memberi impak besar buat kem KDA.
Menerusi dua penyerang yang dilaporkan akan menyertai KDA ini, jelas pasukan tersebut mahu tampil dengan lebih tajam dan stabil di segenap posisi terutama di bahagian serangan.
Dua pemain tersebut juga dikatakan berasal dari benua Afrika serta seorang lagi merupakan penyerang kelahiran Brazil dan bakal diumumkan oleh laman rasmi KDA tidak lama lagi.
Tambahan pula, KDA sendiri sudah pun memuat naik satu video teaser mengenai pemain baharu mereka dan memberi tanda tanya buat para penyokong untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Jika kedua pemain tersebut berjaya didaftarkan lebih awal, maka mereka bakal membuat kemunculan pertama dalam saingan pramusim yang diberi nama Piala Harapan tidak lama lagi.
Kejohanan tersebut bakal membabitkan empat kelab iaitu KDA, Selangor, Penang, dan pasukan jemputan dari Singapura, Geylang United pada awal Februari ini.
JADUAL & FORMAT PIALA HARAPAN 2023, 1-4 FEBRUARI 2023
Perlawanan akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan!
Jadual Piala Harapan 2023 | 1- 4 Februari 2023
🏟 Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pic.twitter.com/8wI2dfi3zH— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 25, 2023
Saingan tersebut bakal menjadi medan terbaik buat Nafuzi Zain untuk menilai dengan lebih teliti mengenai kekuatan semasa skuad kendaliannya sebelum mereka berlepas ke Turki bagi jelajah pramusim.