Kelab Dari Belgium Nafi Tawar Kontrak Kepada Marselino, Mana Destinasi Sebenar Pemain Ini?

Nama bintang muda Indonesia iaitu Marselino Ferdinan secara tiba-tiba menjadi bualan hangat dalam kalangan para penyokong bola sepak Sang Garuda, ekoran pemain tersebut dikaitkan bakal menyertai salah satu kelab di Belgium.

Sebelum ini, Marselino dikhabarkan mendapat tawaran daripada salah satu kelab yang berpangkalan di Belgium iaitu K Beerschot VA untuk tahun 2023.

Namun, kelab tersebut telah pun menafikan mengenai perkara tersebut dengan menyatakan ianya sekadar khabar angin semata-mata.

Tegas wakil daripada kelab tersebut, mereka tidak pernah menawarkan apa-apa atau mendekati Marselino dan hanya mengetahui menerusi media sosial sahaja.

“Ada terlalu banyak spekulasi di media sosial yang telah dibuat untuk mengaitkan kami bersama pemain muda berbakat, Marselino.

“Beliau merupakan pemain tengah berusia 18 tahun yang kini beraksi bersama salah satu kelab divisyen satu di Indonesia iaitu Persebaya serta mewakili skuad kebangsaan.

“Namun, pihak Beerschot membantah perkara tersebut untuk menyatakan tawaran kontrak telah dibuat,” jelas mereka menerusi Bola.com.

Walaubagaimana pun, Marselino tetap akan berhijrah ke Eropah untuk menyertai pasukan baharunya selepas beliau menyatakan salam perpisahan bersama kelab lamanya iaitu Persebaya Surabaya.

Marselino yang memulakan karier beliau bersama Persebaya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membangunkan dirinya terutama sekali kepada pengendali iaitu Aji Santoso.

Malah, Aji juga jelas sangat berbangga dengan perkembangan karier Marselino dan berharap pemain tersebut mendapat tempat di Eropah selepas ini.

Sebagai pengendali yang menyaksikan sendiri pembangunan Marselino sejak awal karier, beliau dengan rasa terbuka hati serta tidak ralat langsung untuk melepaskan Marselino daripada kelab.

“Melihat Marselino keluar membina karier di luar negara dan mendapat ruang, saya sebagai seorang jurulatih beliau sebelum ini merasa sangat bangga.

“Apatah lagi kalau beliau memiliki peluang untuk beraksi di luar negara seperti Eropah. Dah tentu saya berat hati nak lepaskan Marselino, tetapi demi kariernya, saya terbuka hati untuk semua ini,” jelas Aji Santoso.

Marselino yang sudah pun mengesahkan untuk meninggalkan Persebaya ketika ini menimbulkan tanda tanya buat para penyokong Indonesia mengenai destinasinya.

Laporan terbaharu menyatakan pemain ini sebenarnya akan menjalani sesi latihan bersama satu lagi kelab di Belgium iaitu K.A.A Gent.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN