“Fikir Negara Sendiri Dulu”- Aguero Beri Kenyataan ‘Pedas’ Untuk Tutup Mulut Ibrahimovic

Bekas penyerang sensasi dunia, Sergio Aguero tampil memberi suatu kenyataan yang sangat pedas baru-baru ini untuk membalas kata-kata yang telah dilemparkan oleh pemain veteran AC Milan iaitu Zlatan Ibrahimovic.

Sebelum itu, Ibrahimovic telah pun memberi suatu kritikan keras mengenai skuad kebangsaan Argentina yang telah menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar menerusi cara mereka meraikannya.

Argentina yang tampil dengan gemilang, selepas kejayaan mereka menewaskan juara bertahan iaitu Perancis menerusi penentuan penalti telah pun memastikan piala tersebut kembali menjadi milik mereka untuk kali ketiga.

Lebih mendebarkan sepanjang saingan akhir tersebut berlangsung, masing-masing saling berbalas gol untuk menyaksikan kedua pasukan itu terikat pada masa penuh perlawanan dengan keputusan 3-3.

Kejayaan itu menyaksikan pemain bintang Argentina iaitu Lionel Messi akhirnya mampu mendakap kejuaraan tersebut yang dianggap paling bernilai buat dirinya.

Ibrahimovic yang pernah beraksi bersama Messi ketika mewakili Barcelona sendiri mengesahkan Argentina layak menjuarai piala tersebut kerana memiliki pemain dianggap terhebat dalam sejarah bola sepak.

Pada masa sama, penyerang kelahiran Sweden ini turut memuji aksi Kylian Mbappe sebelum ianya bermula buruk apabila Ibrahimovic pertikai cara Argentina terlalu berlebihan menyambut kejuaraan tersebut.

“Tetapi, saya sebenarnya bersimpati kepada Mbappe kerana beliau sudah menjaringkan empat gol dan tidak memenangi kejuaraan Piala Dunia. Ianya menyedihkan.

“Tetapi beliau akan memenanginya lagi suatu hari nanti, dan rasa bimbang saya kepada Mbappe tidak terlalu tinggi.

“Saya sebenarnya lebih bimbang kepada pemain-pemain Argentina yang lain kerana mereka tidak akan memenanginya lagi.

“Messi sudah pun menjuarai segalanya dan nama beliau akan terus dikenang. Tetapi yang lain mempunyai tingkah laku agak keterlaluan dan kita tidak boleh menghormatinya.

“Ini datang daripada saya sendiri selaku pemain bola sepak profesional yang beraksi di peringkat tertinggi.

“Pada pendapat saya, ini merupakan petanda yang mereka hanya memenanginya sekali dan tidak akan mengulangi lagi, kerana anda tidak akan boleh juara seperti itu,” ujar Ibrahimovic menerusi Sportbible.

Apa yang dikatakan Ibrahimovic itu merujuk kepada aksi keterlaluan penjaga gol Argentina iaitu Emiliano Martinez yang menyambut kemenangan mereka dengan sangat keterlaluan.

Tetapi, Aguero jelas tidak senang dengan kenyataan itu dan tampil membalas apa yang dikatakan oleh Ibrahimovic dengan lebih keras.

“Pandangan saya, ianya terlalu biadab untuk menyatakan kami tidak akan memenanginya lagi kejuaraan tersebut.

“Pada pendapat saya pula, kamu sepatutnya fikirkan dahulu mengenai negara dan pemain anda yang tidak ada langsung pada saingan Piala Dunia,” balas Aguero.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN