FMLLP Mohon Maaf Atas Pembatalan Siaran Langsung Perlawanan Pahang-Negeri Sembilan

Piala FA Malaysia memasuki fasa separuh akhir dan pastinya ia menjadi tumpuan semua pihak termasuk penyokong pasukan yang tidak terlibat dengan separuh akhir ini.

Perlawanan diantara Pahang dan Negeri Sembilan nyata perlawanan yang cukup dinanti kerana Pahang antara pasukan yang cukup ampuh dihadapan gol di Liga Super menentang Negeri Sembilan yang merupakan satu-satunya pasukan Liga Malaysia yang belum lagi tewas.

Saluran NTV7 telah diberi mandat untuk siarkan siaran langsung selepas saluran lazim TV3 perlu menyiarkan separuh akhir Mentor Milenia dan TV9 pula menyiarkan satu lagi separuh akhir diantara Kedah dan Terengganu.

Namun keputusan minit akhir Pahang sebagai tuan rumah untuk batalkan siaran langsung memberi kejutan kepada semua pihak terutamanya penyokong yang tak sabar menantikan siaran langsung ini.

Mohon maaf

Pihak FMLLP menerusi Facebook mereka memohon maaf diatas pembatalan siaran langsung itu.

FMLLP memohon maaf kerana tiadanya siaran langsung bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA diantara Pahang dan Negeri Sembilan yang dijadualkan malam ini di NTV7.”

Pembatalan tersebut adalah kerana pihak tuan rumah sedang melakukan kerja baik pulih di bahagian bilik media Stadium Darul Makmur.

Menurut pihak FMLLP, mereka telah cuba berunding dengan pihak tuan rumah untuk pastikan siaran langsung ini diteruskan namun ia menemui jalan buntu.

FMLLP cuba memberikan yang terbaik kepada peminat bola sepak tempatan namun usaha serta rundingan bersama PBNP tidak menemui jalan penyelesaian.”

“Kepada peminat bolasepak Malaysia sekalian, kami pohon kemaafan.”

Jom sertai peraduan teka MOTM & menangi hadiah menarik!

Sempena aksi Kedah menentang Terengganu malam ini, jom sertai peraduan teka pemain terbaik perlawanan bagi perlawanan tersebut dan menangi hadiah menarik!

Tapi macam nak sertai? Boleh rujuk grafik di bawah untuk ketahui syarat-syarat penyertaan. Semoga berjaya!

Baca juga: TCH: “Teruskan Kecemerlangan Kedah Demi Penyokong Tercinta”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN