Pelakon TV Ini Dedah Bagaimana Beliau Hampir Berjaya Pujuk Ibrahimovic Sertai Napoli

Ketika Zlatan Ibrahimovic mengumumkan yang beliau tidak akan menyambung kontrak beliau bersama skuad Paris Saint-Germain, beliau terus dikaitkan dengan pelbagai kelab.

Namun akhirnya, beliau memilih untuk ke England bersama Manchester Untied.

Akan tetapi, terdapat sebuah kisah yang membuatkan beliau hampir ke Serie untuk kali ke-4.

Pelakon TV

Seorang pelakon drama bersiri yang terkenal di Perancis bertajuk Gomorrah iaitu Salvatore Esposito memberitahu Squawka yang beliau hampir berjaya untuk membawa Ibrahimovic ke Napoli.

Beliau berkata, Ibrahimovic sebenarnya gemarkan bandar Naples dan pernah menimbangkan tawaran untuk beraksi dengan kelab yang terkenal dengan lagenda Diego Maradona itu.

Namun begitu, bekas penyerang antarabangsa Sweden itu memilih untuk ke Manchester United.

Esposito memberitahu yang drama siri Gomorrah merupakan sebuah drama bersiri yang cukup terkenal di Perancis dan ia juga ditonton oleh Ibrahimovic.

Salvatore Esposito merupakan pelakon drama bersiri Gomorrah.

Malah menurut Esposito, beliau hampir berjaya memujuk pemain itu selepas mengetahui amat meminati watak yang dibawa oleh pelakon itu dengan menggunakan nama watak Genny Savastano.

“Sewaktu saya melawat Paris Saint-Germain, saya sempat bertemu dengan Ibrahimovic.”

“Ketika pertemuan itu, beliau menzahirkan minat beliau terhadap siri Gomorrah dan juga watak lakonan saya. Kesempatan itu saya gunakan untuk pujuk beliau bermain untuk Napoli.”

Walaupun tidak sertai Napoli, namun Ibrahimovic memberi bayangan akan kembali mempertimbangkan langkah ke kelab tersebut jika beliau memilih untuk tidak lagi bersama dengan Manchester United.

Jom sertai peraduan teka MOTM & menangi hadiah menarik!

Sempena aksi Kedah menentang Terengganu malam ini, jom sertai peraduan teka pemain terbaik perlawanan bagi perlawanan tersebut dan menangi hadiah menarik!

Tapi macam nak sertai? Boleh rujuk grafik di bawah untuk ketahui syarat-syarat penyertaan. Semoga berjaya!

Baca juga: TCH: “Teruskan Kecemerlangan Kedah Demi Penyokong Tercinta”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN