TCH: “Teruskan Kecemerlangan Kedah Demi Penyokong Tercinta”

Tan Cheng Hoe merupakan antara individu yang nyata disayangi oleh penyokong pasukan Kedah.

Disayangi ketika bermain, malah disanjung ketika menjadi jurulatih Kedah.

Namun kini, beliau tiada lagi di Darul Aman kerana pergi menyahut seruan kebangsaan demi pasukan negara.

“Teruskan kecemerlangan”

Ketika bercakap kepada MStar, Cheng Hoe berkata perpindahan pemain dan jurulatih adalah normal dalam bola sepak.

“Pemain datang dan pergi, jurulatih juga datang dan pergi.”

“Namun apa yang penting, kecemerlangan skuad Kedah haruslah diteruskan demi penyokong tercinta.”

Menurut Cheng Hoe, beliau sendiri mengaku berasa berat untuk meninggalkan skuad Kedah kerana sudah sebati dengan hidupnya.

“Saya sendiri menjadi pemain Kedah sekitar 1980-an dan 1990-an dan kini sudah lama menjadi jurulatih Kedah.”

“Saya juga sudah punya hubungan rapat dengan para pemain. Tetapi demi seruan negara dan juga pengalaman diri saya pergi.”

Gambar: Zam Zainal/Asiana

 

Semoga berjaya

Semalam, Cheng Hoe hadir bertemu para pemain beliau buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat berjaya buat mereka untuk baki keseluruhan musim liga kali ini.

Skuad Kedah bakal dipangku oleh seorang lagi bekas pemain Kedah, Nidzam Adha sementara jurulatih baharu dilantik.

“Pemain perlu yakin pada kemampuan sendiri dan beraksi seperti yang telah mereka lakukan sejak awal musim ini bagi mencapai kejayaan.”

“Saya yakin Nidzam Adha Yusof mampu melakukan yang terbaik kerana dia juga sarat dengan pengalaman.”

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong Kedah yang selama ini menyokong usaha beliau di sana.

Tidak lupa juga ribuan peminat setia pasukan Kedah yang telah memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah tulang belakang kepada kekuatan pasukan selama ini dan mereka juga akan kekal bersama pasukan ini.”

Jom sertai peraduan teka MOTM & menangi hadiah menarik!

Sempena aksi Kedah menentang Terengganu malam ini, jom sertai peraduan teka pemain terbaik perlawanan bagi perlawanan tersebut dan menangi hadiah menarik!

Tapi macam nak sertai? Boleh rujuk grafik di bawah untuk ketahui syarat-syarat penyertaan. Semoga berjaya!

Baca juga: Previu Semifinal Piala FA 2017: Kedah VS Terengganu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN