FMLLP Jawab Kekeliruan Isu Lesen Kedah Dan Felda United

Ramai peminat bola sepak Malaysia keliru dengan kegagalan Felda United untuk mendapatkan lesen dan bagaimana pula Kedah boleh mendapat lesen Liga Super sedangkan mereka juga dilaporkan gagal menghantar audit kewangan untuk lesen AFC sebelum ini.

FMLLP menjelaskan yang pasukan Kedah berjaya menyerahkan laporan akaun yang telah diaudit sebelum persidangan lembaga rayuan.

“Persatuan Bolasepak Kedah berjaya menyerahkan akaun mereka yang telah diaudit sebelum Lembaga Rayuan (AB) Pelesenan Kelab bersidang.”

“Walaupun mereka tidak dapat dipertimbangkan untuk Lesen AFC (peraturan AFC menyatakan bahawa tiada dokumen baru boleh dipertimbangkan selepas First Instance Body), Lembaga Rayuan cuma ada kelonggaran untuk mempertimbangkan dokumen lewat untuk lesen FAM sahaja.”

“Dan inilah sebabnya Kedah diberi lesen FAM tetapi tidak boleh diberi lesen AFC.”

“Dalam kes Felda United, mereka tidak mengemukakan dokumen sebelum waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Rayuan dan oleh itu tidak dapat dipertimbangkan untuk lesen AFC mahupun FAM.”

“First Instance Body dan Lembaga Rayuan adalah dua badan bebas. Ahli-ahli badan ini terdiri daripada juruaudit, ahli perakaunan dan berlatar belakang perundangan.”

Foto: Zam Zainal / www.asiana.my

“FMLLP tidak mempunyai pengaruh atau kuasa terhadap badan ini. Jadi, sebelum anda “mempertikaikan kredibiliti FMLLP” berkaitan dengan pengeluaran lesen, sila ingat fakta itu. Tidak ada campur tangan.”

“Kes Kedah telah dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir bagi lesen tempatan namun tidak ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir untuk Lesen AFC.”

“Walaupun keperluan bagi Lesen FAM adalah lebih ketat, dalam erti kata bahawa jika anda mengemukakan segala-galanya tepat pada waktunya, semua perkara menjadi sama.”

“Pemegang lesen FAM kebiasaannya akan layak juga untuk mendapatkan Lesen AFC tetapi ada juga perkara lain yang perlu dipertimbangkan, seperti bila penyerahan sebenar dibuat dan apakah garis panduan yang perlu diambil oleh Lembaga Rayuan dalam menimbangkan rayuan (termasuk yang ditetapkan oleh AFC berkenaan dengan Lesen AFC).”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN