Longhi Kecewa Mario Gomez Tak Bersukur Dan Menyerang JDT Membabi Buta

Dalam satu kenyataan media di laman JST, pembantu jurulatih Raul Longhi kecewa dengan sikap Gomez yang tidak bersyukur dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Raul Longhi sebelum ini turut menjadi pembantu kepada Mario Gomez di JDT. Semalam Alistair Edwards menjelaskan bagaimana bayarang gaji Longhi adalah menerusi Mario Gomez. Longhi berkata:

“Perjanjian saya bersama Mario Gomez dan JDT adalah gaji saya dibayar oleh Mario.”

“Perkara ini telah berterusan sejak saya menyertai kelab ini pada tahun 2015, yang pertama kalinya dibayar oleh Mario secara langsung dan kemudian oleh setiausaha kelab selepas Mario memilih dan meminta mengaturkannya agar ia lebih mudah.”

Longhi kecewa dengan sikap tidak bersyukur Gomez dan faham mungkin Mario Gomez rasa sedih dan kecewa kerana tidak lagi berada dalam pasukan JDT.

“Saya sangat kecewa apabila membaca mengenai Mario Gomez mendakwa beliau masih mempunyai tunggakan gaji belum dijelaskan oleh JDT.”

“Mario dan saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun di JDT dan kelab ini sangat telus dan yang paling penting, tidak pernah lewat membayar gaji dan juga bonus kami.”

Raul Longhi juga memuji pengurusan kelab JDT yang disifatkan beliau sebagai salah satu kelab yang paling profesional pernah beliau berkhidmat.

“JDT adalah salah satu daripada kelab yang paling profesional yang saya pernah bekerja sepanjang kerjaya saya. Inilah sebabnya saya memilih untuk kekal di kelab ini meskipun selepas pemergian Mario.”

“Apa yang menyedihkan saya adalah apabila tiba-tiba tiga tahun kemudian Mario berusaha untuk menjatuhkan kelab ini dengan tuduhan palsu.”

“Saya memahami bahawa Mario begitu sedih dan mungkin perit bagi beliau apabila tidak lagi berada di JDT tetapi tuntutan ini benar-benar tidak sepatutnya berlaku untuk menentang sebuah kelab yang memberi banyak manfaat kepada kami berdua.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN