Florentino Perez: “Jika Kami Beli Mbappe, Siapa Yang Kami Nak Keluarkan?”

Sebelum ini, Perez menafikan yang mereka akan menjual Navas untuk mendapatkan De Gea. Perez dengan tegas menyatakan beliau merasakan Navas adalah antara penjaga gol terbaik di Eropah.

Terbaru, Presiden Real Madrid ini menafikan yang Real Madrid berminat untuk membeli Kylian Mbappe. Bagi Perez, barisan serangan Real Madrid yang ada sudah cukup bagus.

Ia juga memberikan petanda kukuh bahawa, mereka tidak akan melepaskan pemain seperti Ronaldo, Bale, Benzema dan Morata.

Ronaldo dikaitkan dengan kepulangan semula ke United. Manakala Morata pula dikaitkan dengan Chelsea dan United. Seperti biasa, media sentiasa meletakkan Karim Benzema sebagai senarai untuk dijual.

Kylian Mbappe adalah prospek sensasi. Pemain 18 tahun ini menjaringkan 26 gol musim lalu dalam semua pertandingan.

 

Perez sempat menyindir media yang suka melaporkan berita sensasi seperti mana mereka mengaitkan Real Madrid dan Pogba sebelum ini. Perez berkata:

“Kami tidak akan lupa apa yang berlaku kepada Pogba. Mereka menyatakan yang kami mahu menandatangani Pogba. ”

“Kita harus ingat, skuad kita ada 24 pemain dan hanya 11 yang akan bermain dalam satu perlawanan. Buat masa ini, kami ada skuad yang terbaik di dunia.”

Perez juga mempersoalkan, adakah Mbappe sesuai untuk bermain dalam skuad Real Madrid yang ada. Beliau menambah lagi:

“Jika kita membeli Mbappe, siapa pula pemain yang akan keluar?”

Real Madrid dijangka akan mengekalkan sebahagian besar pemain utama skuad mereka untuk musim hadapan. Namun, sama-sama kita tunggu mungkin ada beberapa penambahan dalam jendela perpindahan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN