Adakah Aubameyang Akan Beraksi Di Chinese Super League Musim Hadapan?

Penyerang Borrusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang merupakan antara penyerang yang cukup hebat dalam saingan bola sepak Eropah.

Beliau merupakan antara penyerang terbaik Eropah dan pastinya menjadi rebutan banyak kelab ternama.

Tetapi ke manakah beliau akan beraksi pada musim akan datang?

Menurut laporan di Jerman, Aubameyang dikatakan bakal beraksi di Chinese Super League di China. Ya, China!

Aubameyang dikatakan sedang dirisik oleh kelab Tianjin Quanjian dengan tawaran gaji sebanyak €30 juta setahun.

Namun laporan di Jerman juga memetik yang Borrusia Dortmund belum lagi menerima sebarang tawaran rasmi dari kelab China tersebut untuk mendapatkan bintang Gabon itu.

Borrusia Dortmund dalam masa yang sama menegaskan tidak akan menerima sebarang tawaran yang kurang daripada €70 juta untuk Aubameyang.

Bagi pemilik Tianjin Quanjian, mereka tiada sebarang masalah untuk menawarkan tawaran yang lebih tinggi untuk pemain tersebut.

Mereka dikatakan bersedia untuk menawarkan tawaran sebanyak €80 juta untuk Aubameyang.

Adakah beliau akan ke China? Atau beliau akan terus kekal di Jerman? Sama-sama kita nantikan.

Aubameyang merupakan penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu dengan 31 gol.

Sumber:

  1. Bild (2017): Aubameyang doch nach China; http://sportbild.bild.de/bundesliga/vereine/borussia-dortmund/aubameyang-wechsel-nach-china-52336340.sport.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN