Cristiano Ronaldo ‘Mengesahkan’ Anak Kembar Beliau Adalah Lelaki

Sebelum ini tersebar berita oleh media Portugal bahawa anak kembar Cristiano Ronaldo adalah kembar tidak seiras hasil dari kaedah ibu tumpangan.

Hal tersebut ternyata tidak tepat sama sekali selepas Cristiano Ronaldo dalam status beliau di facebook memberitahu yang 2 anak lelakinya baru lahir.

Ronaldo dan Portugal terkandas di separuh akhir dalam penampilan sulung mereka di Piala Konfederasi. Ianya selepas mereka tewas 3-0 dalam penentuan sepakan penalti kepada Chile.

Portugal dan Chile terikat 0-0 untuk 120 minit perlawanan.

Namun di sebalik kekecewaan itu, Ronaldo berkongsi berita gembira beliau dengan para peminat. Selepas tamat perlawanan Ronaldo menulis di Facebook beliau:

“Saya dalam perkhidmatan dengan pasukan kebangsaan, seperti biasa, ianya jasad dan nyawa saya, walaupun pada masa yang sama 2 anak lelaki saya lahir.”

“Malangnya, kami tidak mampu mencapai sasaran utama yang kami inginkan, tetapi saya yakin yang kami akan terus cuba memberikan kegembiraan kepada orang Portugal.”

“Presiden Persatuan Bola Sepak Portugal dan seluruh pasukan hari ini menunjukkan semangat yang menyentuh hati saya yang tidak akan saya lupakan.”

“Saya sangat gembira kerana akhirnya saya akan berada di sisi anak saya buat pertama kali.”

Nampaknya, bolehlah Ronaldo merehatkan minda seketika selepas ini dengan anak-anak beliau. Dah 3 orang dah tu. Anak sulung Ronaldo iaitu Ronaldo Jr. pula sudah berusia 7 tahun awal bulan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN