Florentino Perez Belum Lagi Mengalah Walaupun ESL Sudah Mati

Florentino Perez

Presiden Real Madrid, Florentino Perez mengakui usaha untuk mewujudkan European Super League (ESL) atau pertandingan seumpamanya masih belum tamat.

Beliau yang juga merupakan antara watak utama kewujudan liga tersebut mengatakan kesemua 12 pasukan pengasas kepada ESL kini sudah terikat dengan kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

Dalam erti kata lain, Perez ingin mengatakan yang tiada jalan pulang buat kesemua kelab ini.

“Kesemua kontrak melibatkan European Super League adalah terikat [antara 12 kelab].”

“Tiada siapa boleh lari, kita akan bekerjasama bersama-sama,” katanya menerusi BT Sport.

Tambah Perez lagi, semua kelab telah menandatangani kontrak pada Sabtu lalu jadi sepatutnya tidak ada masalah untuk kerjasama dilakukan.

Perez juga mengatakan yang usaha untuk mengasingkan kelab-kelab elit Eropah dalam satu pertandingan berlainan masih lagi dijalankan.

“Kami tidak akan tunggu sesiapa kerana kami perlukan ESL.”

“Jika kami tidak dapat jumpa kata sepakat dengan UEFA, kami tidak akan mengalah.”

Perez juga menegaskan yang ESL tidak menjemput Paris Saint-Germain serta dua kelab Jerman iaitu Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

“Kami tidak menjemput mereka, walaupun tanpa mereka tetapi ESL tetap akan dijalankan.”

Baca juga artikel kami mengenai Florentino Perez:

Florentino Perez Mulai Menyesal Dengan Penjualan Cristiano Ronaldo?

Ini Sebab Florentino Perez Enggan Layan Permohonan ‘Cerai’ Sergio Ramos

Florentino Perez Jelaskan Real Madrid Tak Berhasrat Untuk Dapatkan Kylian Mbappe Atau Neymar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN