Quantcast

BERITA

Flavio Beck Junior Sah Tinggalkan Pasukan Kelantan

Skuad Kelantan kini kelihatan tempang tanpa khidmat pemain import apabila pemain tengah pasukan itu, Flavio Beck Junior telah membuat keputusan untuk bercerai dan menyertai kelab dari Indonesia, Bhayangkara FC.

Pemain dari Brazil itu merupakan pemain import ketiga yang meninggalkan pasukan itu selepas Mustafa Zazai (Afghanistan) dan Raul Tarragona (Uruguay) yang turut membuat keputusan untuk menamatkan kontrak dengan Kelantan.

Menerusi kenyataan di laman instagram, Flavio mengucapkan terima kasih kepada pasukan Kelantan dan mengakui cukup teruja dapat kembali semula dalam saingan Liga Indonesia yang bakal membuka tirai pada bulan ini.

“Sebelum ini, saya pernah beraksi untuk Borneo FC musim pada 2016/2017. Namun kali ini menyertai saya kembali menyertai kelab Bhayangkara FC,” katanya dalam laman instagram miliknya.

View this post on Instagram

I m very happy to come back to indonesia 🇮🇩 again, this time play for @bhayangkarafc.i want to say thanks for my EX team @kelantanfa.official my teammates and wish all the best. AYO BHAYANGKARA photo by @sharpan_vektor thanks 🙏

A post shared by F L A V I O B E C K J R. (@flaviobeckjunior) on

Penghijrahan Flavio ke Indonesia mempunyai kaitan dengan masalah kewangan yang serius dalam pasukan Kelantan. Musim ini beliau telah menjaringkan empat gol dalam saingan Liga Premier.

Kelantan juga kini berdepan krisis kecederaan apabila seorang lagi pemain import pasukan itu, Cassio De Jesus dan David Rowley menyertai senarai pemain yang tercedera termasuk bintang tengah mereka, Nik Akif Syahiran.

Situasi itu memeningkan lagi kepala pengendali pasukan, Yusri Che Lah yang perlu memikirkan barisan terbaik untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.

Yusri Che Lah mula membimbing Kelantan sejak dua hari lalu. FOTO: KAFA

“Kita mungkin hanya ada Cassio De Jesus seorang tapi dia masih perlukan dua hingga tiga minggu untuk pulih daripada kecederaan dan pasti saya akan terlepas khidmatnya untuk tiga perlawanan penting, sepanjang bulan ini.

“Sudah tentu saya harapkan keajaiban, cuba bayangkan jika kita boleh ambil pemain import dan pemain tempatan sedia ada, sekurang-kurangnya Kelantan masih mampu bersaing,” ujar Yusri dalam Stadium Astro.

Skuad The Red Warriors kini berdepan hukuman sekatan perpindahan susulan kegagalan melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan pada bulan Disember lepas.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!