Previu Perlawanan Akhir Piala FA 2017: Pahang Dan Kedah Buat Perhitungan Terakhir!

5 Piala FA dalam koleksi 2 pasukan ini. 3 untuk Kedah dan 2 untuk Pahang. Kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu di pentas perlawanan akhir Piala FA sejak ia diperkenalkan pada 1992.

Pahang mara ke perlawanan akhir Piala FA sebanyak 3 kali. 2 daripada berhasil membawa pulang kejuaraan.

Manakala pasukan Kedah sudah mara ke perlawanan akhir Piala FA ini sebanya 4 kali. 3 daripadanya adalah berakhir dengan kejayaan.

Kali terakhir Pahang juara Piala FA adaah pada 2014. Manakala Kedah pula kali terakhir menjuarai piala ini pada 2008.

Prestasi semasa

Keywords:
Kedah vs Pahang ,Baddrol Bakhtiar (7),Jaewon Heo (15),Photo by Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my,

Kedua-dua pasukan hanya menang 2 daripada 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Daripada 5 perlawanan terakhir ini juga, Kedah hanya kalah sekali manakala Pahang mengalami 2 kekalahan dalam proses yang sama.

Daripada 5 perlawanan terakhir semua pertandingan, Pahang menjaringkan 7 gol dan dibolosi 7 kali.

Untuk Kedah pula, bagi tempoh yang sama mereka menjaringkan 9 gol dan dibolosi 6 kali.

Berdasarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan agak seimbang. Mereka mampu menjaringkan gol dan pada masa yang sama masih tidak cukup ampuh di pertahanan.

Rekod pertemuan

5 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, masing-masing seimbang dengan 2 kemenangan dan 1 seri.

Fakta perlawanan

  • Ken Ilso dan Sumareh masing-masing sudah menjaringkan 4 dan 3 gol di dalam Piala FA 2017 setakat ini
  • Pahang tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan terakhir mereka untuk semua pertandingan
  • Kedah dan Pahang, masing-masing tewas sekali sepanjang laluan mereka ke final

Previu taktikal Pahang

Pahang musim ini bermain dengan banyak pertukaran formasi. Namun berdasarkan analisis kami, Mattheus Alves sangat efektif dalam mana-mana sistem yang membenarkan beliau bermain floating attacker.

Pahang memiliki pivot yang tenang mengawal keadaan di tengah padang iaitu Azam Azih. Namun kepulangan Kiko Insa mungkin akan membuatkan sektor tersebut lebih fizikal.

Sumareh menjadi pemain penting pasukan Pahang dalam kempen Piala FA kali ini. Pemain yang lasak dan kreatif. Beliau juga sangat pantas dan boleh menjaringkan gol.

Sumareh / kredit foto: Asiana.my

Seterusnya, Dollah Salleh pastinya dalam situasi sama ada harus memilih Wan Zaharulnizam ataupun Joseph Kalang Tie untuk posisi sayap kiri ataupun no.10, jika Dollah menggunakan 4-5-1.

Sukar untuk meramalkan sama ada Dollah Salleh akan kekal dengan 4-4-1-1. Ini kerana beliau juga sangat gemarkan 4-3-3, 4-4-2. Baru-baru ini menggunakan 4-1-4-1 yang nyata kurang efektif.

Previu taktikal Kedah

Nidzam Adzha pastinya akan cuba mengekalkan sistem 4-2-3-1. Harus diingat, beliau adalah orang penting untuk membantu Tan Cheng Hoe membangunkan sistem ini di Kedah.

Jadi, beliau boleh dikatakan telah berjaya mengambil alih pasukan ini dengan baik kerana beliau mengerti falfasah bola sepak yang perlu dimainkan pasukan Kedah.

Terdapat sedikit kerisauan tentang sistem zonal marking pasukan Kedah yang kerap melakukan kesilapan defensif dan kekeliruan dalam isu kawalan ruang.

Pasukan Kedah yang ada hari ini majoriti daripada pemain mereka sudah berpengalaman di perlawanan akhir terutama sekali stadium Shah Alam.

Ini adalah final ke-3 mereka dalam masa 3 tahun. 2 final Piala Malaysia sebelum ini dan final Piala FA kali ini.

Kedah players,,Zachary Michael Anderson Zachary Anderson (4),Liridon Krasniqi (8),Ken Iso Larsen Ken (9),Sandro Da Silva Mendonca Sandro (10),Akram Mahinan (12),Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (16),Abdul Halim Saari (18),Photo by Muhammad Syamil Naim

Aspek mentaliti pastinya pemain mereka sudah ada mentaliti yang stabil untuk berhadapan dengan malam final ini.

Sebelum wisel

Pertarungan 2 jurulatih yang juga lagenda dalam pasukan masing-masing ketika sebagai pemain. Sentuhan 2 anak tempatan ini akan ditentukan siapa akan menjulang kejuaraan kali ini.

Kedua-dua pasukan memiliki pemain-pemain yang berkualiti dan nama besar di peringkat domestik.

Piala FA menjanjikan 1 slot ke Piala AFC 2018 untuk pasukan juara. Ia juga antara tarikan utama selain daripada hadiah serta koleksi trofi.

Jika Kedah juara, mereka akan menjadi pasukan kedua dengan jumlah 4 kejuaraan Piala FA terbanyak mengatasi Kuala Lumpur.

Selangor ketika ini masih pasukan terunggul dengan koleksi Piala FA dengan 5 Piala FA di kabinet mereka.

Pahang pula, jika juara, mereka akan menyamai koleksi pasukan Kedah dengan 3 kejuaraan Piala FA.

Kami di sidang editor semuanyaBOLA mengharapkan perlawanan berkualiti dan terbuka. Kami ucapkan semoga pasukan terbaik menjadi juara!

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN