Quantcast

BERITA

Previu Ringkas: Piala Dunia B-20 Tahun Korea Selatan 2017

Kali ini, FIFA memilih Korea Selatan menganjurkan kejohanan dwi-tahunan ini. Kejohanan ini merupakan kali ke-21 sejak penganjuran pertamanya pada 1977.

Format 24 pasukan masih dikekalkan sebagaimana Malaysia menjadi tuan rumah edisi 1997. 4 pasukan diletakkan dalam 1 kumpulan, maka 6 kumpulan telah dibentuk.

Untuk peringkat kumpulan, pasukan sama konferendasi benua tidak diletakkan bersama dalam satu kumpulan.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan ke 16 terbaik. Baki 4 tempat akan dipilih melalui ranking tempat ketiga pusingan kumpulan yang terbaik.

Perubahan slot

Perlawanan separuh akhir ketika kejohanan sama di New Zealand dua tahun lalu. Sumber: Radio NZ.

Namun sedikit perubahan slot telah berlaku. Asia mendapat 5 slot termasuk tuan rumah yng mendapat slot automatik. Oceania pula mendapat 2 slot daripada 1 sebelum ini.

Afrika dan Amerika Selatan menerima 4 slot. Bilangan yang sama juga diterima oleh CONCACAF.

Eropah mendapat 5 slot, kurang 1 daripada edisi lalu di New Zealand. Pasukan bertanding dalam Piala Dunia Bawah 20 tahun ini layak melalui kejohanan remaja yang dianjurkan oleh konferedasi benua masing-masing.

Vanuatu dari Oceania membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini. Vietnam turut membuat penampilan pertama sebagai wakil Asia

Pusingan kumpulan

Perlawan pembukaan antara New Zealand menentang Ukraine, dua tahun lalu.

Pusingan kumpulan akan bermula pada 20 Mei (Sabtu) sehingga 28 Mei. Maka, setiap hari akan ada 4 perlawanan daripada 2 kumpulan.

Berikut merupakan undian bagi setiap kumpulan. Tarikh perlawanan pembukaan bagi setiap kumpulan dinyatakan dalam kurungan.

Kumpulan A:  Korea Selatan, Guinea, Argentina, England

20 Mei – (Argentina melawan England, Korea Selatan melawan Guinea)

Kumpulan B: Venezuela, Jerman, Vanuatu, Mexico

20 Mei – (Venezuela melawan Jerman, Vanuatu melawan Mexico)

Kumpulan C: Zambia, Portugal, Iran, Costa Rica

21 Mei – (Zambia melawan Portugal, Iran melawan Costa Rica)

Kumpulan D: Afrika Selatan, Jepun, Itali, Uruguay

21 Mei – (Afrika Selatan melawan Jepun, Itali melawan Uruguay)

Kumpulan E: Perancis, Honduras, Vietnam, New Zealand

22 Mei – (Perancis melawan Honduras, Vietnam melawan New Zealand)

Kumpulan F: Ecuador, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Senegal

22 Mei – (Ecuador melawan Amerika Syarikat, Arab Saudi melawan Senegal)

Penutup

Pastinya ada wakil tunggal Asia Tenggara, rasanya ia akan mencuri tumpuan jutaan penonton daripada rantau ini.

Malah, waktu perlawanan yang bersesuaian dengan waktu Asia Tenggara boleh membuatkan ramai dapat menonton kejohanan ini secara siaran langsung.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!