Quantcast
Adakah Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Kita Hambar?


BERITA

Adakah Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Kita Hambar?

Friday, 19 May 2017

Penulis teringat kata-kata pengetua penulis sewaktu sekolah dahulu, ruang yang terbesar di dunia ialah ruang untuk meningkatkan sesuatu.

Ya, apa salahnya kita menjadikan kata-kata itu pencetus semangat maju ke hadapan? Tetapi, apa yang penulis utarakan mengenai Liga Bola Sepak Rakyat

Imbasan




Sumber: LBR.my

Tanpa memberikan angka tepat, penulis percaya ramai rakyat Malaysia mahukan liga bola sepak yang terdiri daripada kelab bersifat kedaerahan / bandar.  Ya, seperti di luar negara.

Bukannya, disertai kelab korporat dan agensi kerajaan. Mahu pun institusi pendidikan tinggi (meskipun ada Liga IPT).

Mencabut keluar sentimen kenegerian dari penyokong bola sepak di tanah air mengambil masa lama. Jika kita melihat media antarabangsa, kebanyakan nama pasukan disusuli FC bukannya FA. Walhal, kita di negara ini mengetahui sebaliknya.

Hari ini, idealisma menubuhkan kelab bersifat kedaerahan / bandar sudah dilaksanakan oleh Liga Bola Sepak Rakyat. Ada negeri yang menggunakan kawasan Parlimen untuk menubuhkan pasukan seperti Perlis. Ada yang mengikut bahagian seperti Sarawak.

Kebanyakan negeri, pasukan akan mengikut daerah pentadbiran (meskipun ada satu daerah mempunyai lebih daripada satu pasukan).

Ruang masih ada

Jika kita melihat pada awal penubuhan liga bola sepak terkemuka dunia, mereka banyak menghadapi masalah. Maklumlah, pada masa itu teknologi pun agak asas.

Info perlawanan hanya dilihat di dada akhbar, hanya sesetengah tempat menggunakan radio.

Sumber: Daily Mail UK

Bola sepak pun ditayangkan di kaca TV pun selepas hampir separuh abad liga di dunia ditubuhkan. Tak lain tak bukan, Football League di England. Itu belum lagi sebut penggunaan TV warna dan Internet.

Penulis merasakan ruang masih ada untuk LBR untuk terus ditingkatkan. LBR mempunyai kelebihan kerana ia ditubuhkan selari dengan kemahuan terkini peminat bola sepak tempatan.

Kesilapan dan kontoversi memang tidak pernah lari. Tetapi, sampai bila sengaja nak duduk dalam kontroversi tanpa baiki apa-apa. Walaupun pihak LBR tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Kita sebagai peminat: apa perlu buat?

Nai-post ni Official Liga Bolasepak Rakyat noong Sabado, Mayo 13, 2017

Kita amat berpengaruh di laman sesawang peringkat antarabangsa. Ingatkah anda kemenangan Faiz Subri kerana sebahagian viral dan undian rakyat kita?

Jangan buang masa lagi, promosikan pasukan LBR kawasan anda setakat mana mampu. Pastikan sehingga warga emas, anak kecil hatta pendatang asing mengetahui kewujudan pasukan LBR di tempat anda!

Kita sebagai peniaga: apa perlu buat?

Tajalah pasukan LBR berdekatan anda. Takat semana anda mampu ya. Tetapi, gunakanlah kebijaksanaan untuk mempromosi bisnes anda tanpa mencemarkan budaya bola sepak yang ber’status quo’.

Mari pakat gi bui sokonge blakoPesane Penajo;AHMAD SAFWAN ABD RAHMANGENERAL COORDINATOR BACHOK FA

Nai-post ni LBR BACHOK-sri sador FC noong Biyernes, Abril 14, 2017

Lihatlah Bachok, mereka mendapat tajaan daripada syarikat tempatan. Malah, syarikat penaja itu meletakkan logo di setiap hebahan berkaitan pasukan.

Tak guna menaja jika ada pihak berkaitan tidak membuat hebahan dengan efektif. Pada pandangan penulis, Facebook amatlah mudah digunakan berbanding laman sosial lain.

Kurang mahir membuat penulisan kreatif? Ilmu ‘copywriting’ boleh dipelajari untuk mempromosikan LBR. Ada sahaja kursus ‘copywriting’ dijalankan di negara ini.

Peringatan untuk pentadbiran.

Sumber: LBR.my dan Utusan Online

Jangan syok sendiri. Jangan bina ruang perbezaan generasi sebagai batu penghalang. Ambillah contoh luar negara di mana perbezaan agama, bangsa, bahasa malah aliran politik tidak didahulukan.

Paling penting, tanggungjawab anda untuk mengekalkan pasukan dan LBR ini terus beroperasi. Beroperasi itu dari sudut pemahaman penulis ialah sentiasa konsisten di dalam dan luar padang.

Ini termasuk juga urusan hebahan dan pemasaran. Begitu juga dengan urusan kewangan dan sumber manusia.

Kesimpulan

Penulis secara peribadinya lebih baik LBR diletakkan sebagai salah satu sasaran Transformasi Nasional 2050.

Mansuhkan saja pasukan negeri, syarikat korporat dan badan kerajaan dalam liga kita. Untuk institusi pengajian tinggi, kekalkan penyertaan dalam Liga IPT.

Jangan ulangi LBR ini seperti kegagalan hampir Liga Nasional pada awal 1990-an! Ya, anda tidak pernah dengar kerana ia ‘one season wonder’. Ia merupakan liga khas yang dibentuk untuk kelab syarikat korporat beradu tenaga.

Peta sokongan kelab MLS yang merentasi sempadan negeri di Amerika Syarikat dan Kanada. Sumber: Google.

Kenapa negara lain seperti Amerika Syarikat boleh maju liga bola sepaknya? Mereka ada 50 negeri tetapi tiada pasukan negeri. Sebaliknya, kelab bersifat lokal sahaja bertanding dalam MLS, NASL dan USL.

Walhal mereka pun bersaing dengan pelbagai jenis liga sukan! Sedangkan kita meletakkan bola sepak sukan nombor 1 negara.

Fikirkan bersama dan bertindak sekarang. Dokongilah LBR agar terus bangkit demi reformasi bola sepak tanah air. Terakhir, kredit kepada individu dan organisasi LBR yang terus berusaha demi kebaikan bola sepak negara.

Nota editor: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. Liga Bola Sepak Rakyat
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Adakah Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Kita Hambar?



Berita Bola Yang Menarik