Ucapan Figo Sempena Hari Lahir Totti Ke-40: Minta Maaf Kerana ‘Curi’ Ballon d’Or Tahun 2000

Ia sepertinya sudah menjadi kelaziman bagi pemain Itali untuk terus beraksi di padang pada usia 40-an.

Paolo Maldini bersara pada usia 41 tahun, Dino Zoff pula memenangi Piala Dunia bersama Itali pada usia 40.

Silvio Piola yang merupakan penjaring terbanyak Serie A sepanjang zaman juga bermain sehingga usianya memasuki 40-an.

Dan kini pula, Francesco Totti juga telah menyertai kumpulan ini juga!

Karier penuh warna-warni

Totti mempunyai karier yang penuh dengan suka dan duka sepanjang bergelar pemain AS Roma.

Memulakan karier pada tahun 1993, kini Totti bersama-sama Maldini menjadi pemain yang bermain dalam 25 musim Serie A berturut-turut.

Karier Totti menemui puncak apabila akhirnya beliau mendakap satu-satunya gelaran Scudetto miliknya pada 2001.

dfeff38a322ebca53479f57d55a411

Kejayaan itu diabadikan oleh Totti dengan mencacah tatu pada badannya dengan gambar seorang pahlawan Rom.

Namun begitu, karier indah Totti bersama AS Roma tidak seindah seperti ketika beliau bersama pasukan Itali.

Pada 2000, Totti dan Itali dikecewakan oleh David Trezeguet menerusi gol emas pada perlawanan akhir Piala Eropah.

Dan pada Piala Dunia 2002, Totti dikecewakan oleh Korea Selatan dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir.

Lebih malang, Totti dikenakan kad merah diatas insiden yang penuh kontroversi itu.

Namun Totti memperoleh juga ganjaran di persada bola sepak antarabangsa apabila memenangi Piala Dunia pada tahun 2006.

1412075165955_image_galleryima

Hampir ke Real Madrid

Jika tidak kerana cintanya kepada AS Roma, Totti kini pastinya terpahat dalam sejarah sebagai sebahagian daripada skuad Galaticos 2003.

Totti menolak tawaran untuk bermain disamping bintang-bintang dunia seperti Luis Figo, Zinedine Zidane dan Ronaldo.

“Saya begitu hampir untuk ke Real Madrid.”

“Namun hasil pujukan keluarga, rakan-rakan serta cinta saya kepada AS Roma membuatkan saya pilih untuk kekal di sini.”

Totti bagaimana pun mendedahkan beliau sedikit menyesal tidak ke Real Madrid.

“Saya sukakan stadium Santiago Bernabeu. Tetapi saya menyesal kerana tidak pergi ke Real Madrid.”

Figo minta maaf

Sempena hari jadi yang ke-40 Totti, lagenda Portugal Luis Figo menyampaikan ucapan kepada beliau.

Tetapi ucapan tersebut disertakan sekali dengan permohonan maaf dari Figo.

“Si Totti yang hebat, kau dah tua ya? Selamat hari jadi ke 40, semoga dikurniakan kehidupan yang baik, kawan!”

“Dan maafkan aku kerana mencuri anugerah Ballon d’Or 2000 daripada kau. Kau berhak memenanginya.”

figo-ballon-dor

Selain dari Figo, rakan baik Totti iaitu Danielle De Rossi juga melakukan ucapan hari jadi untuk Totti.

Namun ia sedikit lucu, apabila De Rossi hanya mengucapkannya sambil menonton siri kartun!

“Dan inilah yang berlaku, aku sedang menonton kartun Peppa Pig dan kau pun dah berumur 40.”

“Macam baru semalam saja kita masih lagi jejaka bujang muda dan kacak bergaya di bandar (Rom).”

“Tapi kita kini sudah berada di penghujung jalan. Dan ini merupakan kejayaan yang besar untuk kau.”

“Aku tak tahu nak tulis apa dekat media sosial untuk hari jadi kau. Tapi aku harap kebahagiaan akan sentiasa ada untuk kau.”

“Aku sayang kau, kawan lama.”

Maharaja Rom

Totti sudah pasti sudah sebati sebagai ikon dan kebangaan penduduk Rom terutama peminat AS Roma.

25 musim di Serie A, kami tidak pasti bagaimana penyokong AS Roma hendak menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas Totti bersara.

Kami sediakan trivia menarik mengenai Totti:

totti

Selamat hari jadi buat Francesco Totti! Grazie Bandiera!

Baca juga: Totti Menandatangani Kontrak Musim Ke-25 Dan Yang Terakhir!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN