Totti Menandatangani Kontrak Musim Ke-25 dan Yang Terakhir !

Pada september akan datang, Francesco Totti akan berusia 40 tahun dan beliau akan bersama dengan kelab ini untuk musim ke 25.

Presiden AS Roma mengesahkan bahawa, kelab AS Roma dan kapten mereka Francesco Totti telah pun mencapai kata sepakat untuk memeterai perjanjian kontrak lanjutan baru untuk setahun lagi.

sumber : asroma.com
sumber : asroma.com

Respon Totti

Totti teruja dengan kontrak baru tersebut dan berkata :

“Saya benar-benar mahukan kontrak ini, ia mewakili realisasi impian saya,” kata Totti kepada asroma.com .

“Saya sentiasa mahu menamatkan kerjaya saya dengan hanya satu jersi – Roma.”

“Selepas bercakap dengan presiden, saya lebih yakin bahawa, dengan bekerja bersama-sama, kami boleh mencapai sesuatu yang hebat.” – Totti

Sejarah Dan Pencapaian Totti Bersama Roma

Totti menyertai Roma pada tahun 1989 ketika berusia 12 tahun. Bakat beliau berkembang dengan cukup pesat dan dipromosi ke pelbagai peringkat dengan cepat.

Totti kemudian mendapat debut untuk pasukan utama Roma pada usia 16 tahun pada 28 Mac 1993 di bawah kendalian jurulatih Vujadin Boskov dalam perlawanan menentang Brescia.

Totti menjaringkan gol pertama untuk Roma pada 4 September 1994, ketika menentang Foggia dan terus mengukuhkan namanya sebagai pemain regular dalam pasukan utama.

Beliau menjadi kapten kelab yang paling muda dalam sejarah Serie A apabila beliau memakai lilitan kapten pada 1998 mengambil alih daripada bintang Brazil, Aldair.

Musim lalu, Totti meledak 5 gol daripada 15 penampilan. Ini bermakna beliau kini tampil dalam 758 penampilan dan 304 gol untuk The Giallorossi.

Ia sekaligus mejadikan beliau pemegang rekod untuk penampilan terbanyak dan juga penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab tersebut. Rekod yang mungkin sukar untuk dipecahkan mana mana pemain Roma selepas ini.

Musim Terakhir di As Roma !

Namun, perkara yang mungkin kurang menggembirakan peminat bolasepak dunia adalah, ia disahkan sebagai kontrak musim akhir Totti di Roma.

Kemungkinan besar juga ia akan menjadi musim terakhir Totti sebagai pemain bolasepak profesional kerana kita semua tahu akan hasrat Totti yang sentiasa mahu menjadi One Club Man.

Pallotta menjelaskan :

“Ia agak ironi, apabila, pada hari ulang tahun AS Roma telah ditubuhkan, Francesco Totti telah menandatangani kontrak baru,”

“Tiada seorang pun pemain yang telah bermain lebih daripada beliau atau menjaringkan gol lebih banyak untuk kelab bola sepak ini daripada Francesco Totti dan kami gembira apabila beliau akan kekal untuk satu musim lagi.”

“Beliau layak mendapat kontrak ini dan kini kami mahukan musim akhir Francesco di padang menjadi permulaan era baru kejayaan untuk AS Roma.” – Jim Pallotta, Presiden As Roma

Totti Sang Lagenda

YehpJB1

Sepanjang karier beliau, Totti telah memenangi Serie A sekali, Coppa Italia sebanyak dua kali dan Supercoppa Italiana sebanyak dua kali.

Beliau juga telah meraih pelbagai anugerah individu beliau termasuk, Pemenang Kasut Emas Eropah pada 2006-07 yang diberikan kepada penjaring terbanyak di benua Eropah.

Totti juga merupakan pemenang Piala Dunia tahun 2006 bersama dengan dengan Italy.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN