Quantcast
Marco Van Basten Mahu Peraturan Ofsaid Dihapuskan, Perkenalkan Kad Hijau Dalam Bola Sepak
BERITA

Marco Van Basten Mahu Peraturan Ofsaid Dihapuskan, Perkenalkan Kad Hijau Dalam Bola Sepak

Wednesday, 28 Sep 2016

Tahun demi tahun, bola sepak menerima sedikit perubahan untuk pastikan permainan ini terus relevan dan menarik.

Perkara inilah yang mahu dilakukan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Teknikal FIFA yang baru iaitu Marco van Basten.

Bola sepak moden terlalu bertahan




Barangkali terlalu bosan melihat banyak perlawanan bola sepak moden bersifat terlalu defensif, Marco van Basten mahu membuatkan bola sepak bersifat lebih menyerang.

Lagenda penyerang Belanda ini mengeluh penekanan kepada aspek defensif dalam bola sepak moden membuatkan beliau bosan seperti menonton sukan bola baling.

“Ia seperti bola baling. Dalam bola sepak moden kita boleh lihat 11 pemain semuanya berada di dalam kawasan penalti sendiri.”

“Bola sepak sepatutnya menjadi sukan yang tegang, menarik dan adil. Saya rasa kita perlukan perubahan besar apabila ingin mengubah undang-undang bola sepak.”

atletico-deep-defending

Melihat kepada perubahan trend itu, van Basten mencadangkan beberapa perubahan. Antaranya:

1. Hapuskan ofsaid

“Kita perlu hapuskan peraturan ofsaid. Ia terlalu kompleks dan sering membawa kepada perdebatan yang tak sudah-sudah,” kata van Basten.

2. Hukuman berat kepada pemain yang membuang masa

Marco van Basten juga mahu memberikan hukuman berat kepada pemain suka membuang masa. Sebagai contoh, beliau mahu pemain diberikan kad merah jika melambat-lambatkan pertukaran.

“Tempo perlawanan mesti berada dalam tempo yang tinggi.”

Selain kad merah, van Basten juga mencadangkan agar permainan tidak akan diberhentikan untuk memberi laluan kepada pertukaran pemain. Ketika ini, pertukaran pemain hanya akan berlaku selepas bola keluar dari permainan.

football-substitution

Van Basten mahukan bola sepak meniru cara sukan hoki ais yang melakukan pertukaran pemain ketika permainan rancak berlangsung.

3. Sistem teknologi video untuk pengadil

Teknologi video pembantu pengadil (video assistant referee atau VAR) sedang rancak diuji oleh UEFA dan FIFA ketika ini.

Sebagai penyokong perlaksanaan VAR, van Basten juga mahukan VAR boleh digunakan secepat mungkin. Iaitu pada Piala Dunia FIFA 2018 di Russia.

crv3_2jumaaciev

“Sistem video pembantu pengadil perlu fokus kepada perkara penting seperti kad merah, penalti dan situasi yang menjurus kepada gol.”

“Kesilapan kecil pasti akan ada. Tapi ruang untuk memperbaiki kesilapan masih besar.”

4. Perkenalkan kad hijau

Van Basten juga mencadangkan agar FIFA memperkenalkan kad hijau seperti yang dipakai dalam sukan hoki.

Dalam sukan hoki, kad hijau akan diberikan jika pemain melakuan kesalahan ringan. Kad hijau kedua akan diberikan jika pemain melakukan satu lagi kesilapan ringan.

Jika pemain menerima 2 kad hijau, pemain perlu keluar padang selama 5 minit dan akan diberikan kad kuning.

indiana_-80-_-5028145116

5. Sistem shoot-out seperti hoki

Van Basten juga mahu menambah keseronokan ketika dalam proses shoot-out.

Beliau mencadangkan agar penentuan shoot-out dilakukan sama seperti apa yang sukan hoki ais lakukan. Untuk pengetahuan anda, ia pernah dilakukan oleh Major League Soccer satu ketika dahulu.

Tonton: VIDEO: Sistem ‘Shoot-Out’ Yang Pelik Di Major League Soccer

6. Satu kejohanan piala sahaja di satu negara

Van Basten juga merasakan perlunya untuk adakan sedikit perubahan dalam kalendar bola sepak. Terutamanya bagi mengurangkan kepadatan jadual dalam satu musim bola sepak.

Beliau mencadangkan hanya satu kejohanan piala sahaja dipertandingkan setiap musim selain liga.

Sebagai contoh, kejohanan seperti Capital One Cup dan Coupe De La Ligue di Perancis akan dihapuskan.

2714379-main_image

Hanya FA Cup dan Coupe de France sahaja dipertandingkan selain dari liga domestik masing-masing.

7. Jendela perpindahan pemain lebih awal

Van Basten juga mahukan jendela perpindahan diadakan sebulan lebih awal.

Punca cadangan Van Basten itu berkemungkinan beliau mahukan liga berlangsung dengan lancar tanpa ada sebarang perpindahan.

Ini memberikan masa untuk pasukan bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi musim baharu.

Baca juga: FIFA Uji Video Pembantu Pengadil (VAR) Ketika Itali VS Perancis, Pengadil Elak 2 Kesilapan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. Sports Joe
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Marco Van Basten Mahu Peraturan Ofsaid Dihapuskan, Perkenalkan Kad Hijau Dalam Bola Sepak



Berita Bola Yang Menarik