FIFA telah mengadakan satu mesyuarat di Miami semalam. Antara tumpuan menarik dalam mesyuarat tersebut iaitu cadangan untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 dengan disertai 48 pasukan.
Cadangan itu telah dikemukakan pada April tahun lalu oleh CONMEBOL.
Bagaimana nasib Qatar?
Qatar telah dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Kajian awal dilakukan mengatakan Qatar mampu mengendalikan kejohanan ini yang disertai 48 pasukan.
Dalam mesyuarat tersebut menyatakan beberapa buah negara berjiran boleh menjadi hos Piala Dunia. Dengan syarat, Qatar menjadi hos utama.
Namun begitu, FIFA tidak menamakan negara tersebut. Malah, Qatar juga telah dipulaukan oleh negara-negara jirannya pada sebelum ini.
Menurut FIFA lagi, kajian mendalam akan dibuat oleh badan induk tersebut di samping pemegang taruh berkaitan kejohanan yang berada di negara Teluk tersebut.
Kajian itu akan dibentangkan dalam mesyuarat FIFA pada Jun ini di Perancis.
Mampu atau tidak?
Meskipun FIFA telah mengemukakan cadangan tarikh Piala Dunia 2022, asasnya Qatar akan menerima impak keputusan akhir itu. Sama ada kekal 32 pasukan atau 48 berubah pasukan.
Ini disebabkan kejohanan ini dilangsungkan daripada 21 November hingga 18 Disember 2022.
Persoalan menarik timbul jika FIFA menerima cadangan 48 pasukan, negara manakah berdekatan dengan Qatar akan sambut peluang penganjuran bersama?
Sedangkan jiran terdekat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pun bermasalah semasa Piala Asia lalu. Ramai rakyat Qatar menghadapi kesulitan untuk menonton kejohanan tersebut di negara itu.
Bahrain, Arab Saudi dan UAE antara jiran terdekat Qatar yang diberitakan masih meneruskan pemulauan yang sejak 2017 ini.
Kritikan
Gianni Infantino, Presiden FIFA wajar dikritik kerana terlalu serius mempertimbangkan idea untuk menambah bilangan pasukan Piala Dunia 2022 ini. Apa salahnya kekal pada 32 pasukan, khas untuk Qatar sahaja.
Malah, untuk Piala Dunia edisi 2026 sudah sah 48 pasukan. Apa lagi Infantino mahu?