Quantcast

BERITA

Portugal Tagih Kembali Khidmat Cristiano Ronaldo Untuk Pusingan Kelayakan Euro 2020

Cristiano Ronaldo telah disenaraikan semula oleh Portugal untuk menghadapi perlawanan pusingan kelayakkan Euro 2020 akan datang – menentang Ukraine dan Serbia.

Ronaldo tidak beraksi untuk juara eropah itu sejak Portugal tewas 2-1 kepada Uruguay di pusingan 16 pasukan terakhir di Piala Dunia pada musim panas yang lalu.

Cristiano Ronaldo of Portugal warms up prior to the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Uruguay and Portugal at Fisht Stadium on June 30, 2018 in Sochi, Russia.

Tanpa khidmat kapten mereka itu, skuad kendalian Fernando Santos telah merekodkan tiga kemenangan dan tiga lagi perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri – yang turut menyaksikan Portugal mara ke pusingan akhir Nations League pada Jun akan datang.

Ronaldo adalah pemain penting buat Portugal setelah pemain itu menjaringkan 85 gol untuk negaranya.

Sejak berhijrah ke Juventus pada musim panas lalu dari Real Madrid, Ronaldo telah menjaringkan 24 gol dari 34 penampilan untuk gergasi Itali itu – termasuk hatrik ketika menewaskan Atletico Madrid 3-0 di pertandingan UCL pada pertengahan minggu yang lalu.

TURIN, ITALY – MARCH 12: Cristiano Ronaldo of Juventus celebrates after scoring a penalty (3-0) during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Juventus and Club de Atletico Madrid at Allianz Stadium on March 12, 2019 in Turin, . (Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images)

Portugal dijadualkan bertemu dengan Ukraine di saingan kelayakan Kumpulan B Euro 2020 pada 22 Mac. Tiga hari berikutnya, Ronaldo dan Portugal dijangka akan berhadapan dengan Serbia.

Kedua-dua perlawanan dijadualkan akan berlangsung di Lisbon.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!