Quantcast

BERITA

FIFA Tarik Hak Penganjuran Piala Dunia Bawah-17 2019 Daripada Peru

FIFA telah mengumumkan bahawa Peru ditarik balik hak penganjuran Piala Dunia Bawah-17 2019. Pengumuman itu sebenarnya dibuat pada pertengahan bulan lalu.

FIFA dalam kenyataannya telah mengucapkan terima kasih kepada badan induk bola sepak Peru, FPF dan kerajaan negara tersebut untuk melaksanakan agenda kejohanan.

Dipercayai punca hak penganjuran ini ditarik balik ialah disebabkan masalah organisasi dan infrastruktur berkaitan.

Hos baru

Dalam mesyuarat FIFA yang diadakan semalam di Miami, Amerika Syarikat, Brazil telah dipilih menjadi tuan rumah kejohanan ini.

Kejohanan ini akan dilangsungkan pada 4 hingga 26 November 2019. Brazil akan layak ke kejohanan ini secara automatik.

Selain itu, Kepulauan Solomon telah dibatalkan kelayakan ke kejohanan kali ini.

Kontroversi Oceania

Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) membuat keputusan itu berikutan pasukan Kepulauan Solomon meletakkan pemain lebih umur dalam Kejohanan Bawah-16 Oceania.

Kejohanan Bawah-16 Oceania merupakan kelayakan bagi zon Oceania untuk Piala Dunia Bawah-17. Oceania diberikan 2 slot untuk kejohanan itu.

OFC akan mencari pengganti kepada Kepulauan Solomon kelak.

Hos kejohanan lain

MALDONADO, URUGUAY – NOVEMBER 16: Vitoria Bruna #4 of Brazil during the FIFA U-17 Women’s World Cup Uruguay 2018 group B match between Mexico and Brazil at Estadio Domingo Burgueno Miguel on November 16, 2018 in Maldonado, Uruguay. (Photo by Ronald Martinez – FIFA/FIFA via Getty Images)

FIFA turut mengumumkan India akan diberikan mandat penganjuran Piala Dunia Wanita Bawah-17 pada tahun 2020.

Dalam mesyuarat itu juga mengumumkan tarikh 21 November hingga 1 Disember 2019 selaku tarikh Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2019. Paraguay akan menjadi tuan rumah kali ini.

Selain itu, tarikh Piala Dunia Futsal edisi 2020 telah diumumkan. Pertandingan itu akan diadakan di Lithuania pada 12 September hingga 4 Oktober 2020.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!