FIFA Catat Kerugian US$192 Juta Untuk Laporan Kewangan 2017

Badan induk bola sepak dunia, FIFA mengeluarkan laporan kewangan yang mencatat kerugian bernilai US$191.5 juta untuk tahun 2017.

Laporan kewangan tersebut telah disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Komiti badan bola sepak global itu yang diadakan di Bogota, Colombia baru-baru ini.

(Photo by Valeriano Di Domenico/Getty Images)

Laporan tersebut menunjukkan FIFA telah bebelanja melebihi bajet berjumlah US$300 juta pada tahun lalu.

Jumlah tersebut digunakan oleh FIFA untuk pelaburan ‘kos penjualan dan membina operasi yang efektif’, untuk membina ‘sumber kewangan yang mencukupi dalam hal ehwal pembangunan bola sepak’.

Walaupun berbelanja melebihi nilai yang ditetapkan, laporan tersebut menjelaskan ia berada di bawah kawalan, dengan nilai simpanan mencecah US$180 juta; kontra daripada nilai bajet.

(Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

Oleh itu, FIFA berpendapat laporan kewangan tersebut memberi indikasi pengurusan kewangan badan bola sepak dunia itu berada di dalam keadaan sihat dan kekal kukuh.

Ini berikutan FIFA menjangkakan unjuran positif melebihi nilai US$100 juta bakal diperolehi selesai kitaran Piala Dunia 2015-2018.

Nilai kerugian pada 2017 yang dicatatkan ini sebenarnya adalah jauh lebih rendah dari apa yang dijangkakan oleh badan induk bola sepak dunia itu sebelum ini.

Dalam laporan kewangan 2016, FIFA menjangkakan 2017 bakal mencatat kerugian bernilai US$489 juta sebelum cukai serta nilai kecairan kewangan.

(Photo by Valeriano Di Domenico/Getty Images)

Oleh itu FIFA menjelaskan perbelanjaan sepanjang tahun 2017 dianggap sebagai berjaya mengambil kira setiap parameter kewangan, dengan pencatatan keuntungan yang lebih tinggi daripada jangkaan di dalam bidang penyiaran, pemasaran dan hak perlesenan.

FIFA turut menjelaskan daripada jumlah keuntungan untuk bajet bernilai US$5656 juta yang diunjurkan untuk kitaran kewangan 2015-18, sejumlah US$555 juta telah pun disahkan setahun sebelum tamat pusingan kitaran tersebut.

(Photo by Alex Livesey – FIFA/FIFA via Getty Images)

Ini tidak termasuk pungutan keuntungan untuk tiket perlawanan Piala Dunia dan hospitaliti yang berkaitan di Piala Dunia 2018 nanti.

Kaedah penarikan keuntungan baharu yang digunapakai oleh badan bola sepak global itu bermakna majoriti keuntungan berkaitan Piala Dunia 2018 hanya akan direfleksi di laporan kewangan tahunan 2018 nanti, dengan jangkaan pertambahan nilai yang ketara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN