Harry Kewell Pilih Mohamed Salah Sebagai Pemenang Ballon d’Or 2018

Bintang Mesir, Mohamed Salah kini diibaratkan seperti salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman yang pernah menjadikan gelanggang keramat, Anfield sebagai arena. Bagi lawan, kelibat Salah bagaikan mimpi ngeri jika tidak dibendung.

Bekas pemain Liverpool, Harry Ke­well berpendapat Mohamed Salah mampu menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk mere­but gelaran Ballon d’Or jika dia berjaya mengekalkan pres­tasi cemerlang bersama The Reds dan mempamerkan persembahan positif untuk skuad kebangsaan Mesir pada Piala Dunia 2018 Rusia.

Salah menikmati sentuhan terbaik bersama Liverpool pada musim ini termasuk meledak empat gol ketika menewaskan Watford 5-0, sekali gus mengumpul 36 jaringan dalam kesemua kejohanan.

(Photo credit LINDSEY PARNABY/AFP/Getty Images)

Hanya bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo paling hampir dengan prestasi cemerlang bekas pemain Chelsea itu. Salah kini menjaringkan 28 gol dalam kempen Liga Perdana England (EPL), sekali gus menge­tuai se­na­rai penjaring terbanyak dalam lima liga utama Eropah.

Mengulas lanjut, Kewell tidak melihat mengapa pemain berusia 25 tahun itu tidak boleh memenangi gelaran Ballon d’Or sekali gus memecahkan dominasi Ronaldo dan penyerang Barcelona, Messi.

“Salah menikmati musim cukup luar biasa. Ramai orang berkata dia akan memenangi anugerah Pemain Terbaik di England tetapi saya mahu me­ngatakan dia sudah boleh memenangi trofi lebih hebat daripada itu.

Salah

“Jika Salah menunjukkan prestasi cemerlang pa­da kempen Piala Dunia 2018 dan menjaringkan beberapa gol dalam kejohanan itu kemudian meneruskan lagi sentuhan cemerlang, saya percaya dia mampu menang Ballon d’Or.

“Salah bukan sahaja memiliki keupayaan menjaringkan gol tetapi dia juga memainkan peranan utama membawa Liverpool menikmati prestasi terbaik ekoran persembahan cemerlangnya,” katanya.

Aksi cemerlang Salah bersama Liverpool pada musim ini menjadikan beliau sebagai calon utama untuk anugerah ‘PFA Player of the Year’.

Tetapi Salah seharusnya tahu apakah indikasi sebenar untuk menjadi pemain bertaraf dunia dan dikenang selaku legenda satu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN