Musim lalu gol kala jengking Giroud adalah pemenang Anugerah Puskas 2018. Pada 2017 milik Faiz Subri dengan gol ‘curve ball’ luar biasa.
FIFA semalam mengumumkan 10 gol tercantik untuk Anugerah Puskas. Antara gol yang dicalonkan adalah gol libasan gunting oleh Bale dan Cristiano Ronaldo untuk Real Madrid.
Jaringan sepakan kaki luar Pavard dan aksi trivela Quaresma juga antara yang tersenarai selain daripada gol Lionel Messi dan Mo Salah.
FIFA menjelaskan yang anugerah ini adalah anugerah kategori bebas di mana pencalonan adalah terbuka tanpa mengira kejohanan, gender dan negara.
FIFA menambah lagi, gol mestilah dijaringkan atas kualiti teknikal bukannya kerana nasib ataupun kesilapan. Ini untuk menyokong Fair Play.
Jaringan yang dicalonkan mestilah gol yang dijaringkan di antara tarikh 3 Julai 2017 sehingga 15 Julai 2018.
Pemenang akan dimumumkan pada 24 September 2018, di malam gala FIFA. Undian untuk anugerah ini sudah dibuka.
Kali ini tiada calon untuk gol daripada pemain wanita. Ini adalah 10 pencalonan akhir yang boleh anda undi.
Bagi anda yang meletakkan jaringan libasan kala jengking Giroud sebagai penanda aras, anda boleh rujuk gol Riley McGree.
1. Gareth Bale (Real Madrid)
https://twitter.com/RMadridInfo/status/1036612988554366985
2. Denis Cheryshev (Rusia)
3. Lazaros Christodoulopoulos (AEK Athens)
4. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
https://www.youtube.com/watch?v=FFsPMhCMjjw
5. Giorgian De Arrascaeta (Cruzeiro)
https://www.youtube.com/watch?v=uMmiN8cBiLc
6. Riley McGree (Newcastle Jets)
7. Lionel Messi (Argentina)
8. Benjamin Pavard (Perancis)
9. Ricardo Quaresma (Portugal)
10. Mohamed Salah (Liverpool)
Anda boleh mengundi dengan klik pautan di bawah ini: