Berbatov Pernah Mencarut Kepada Ejennya Ketika Dengar Tawaran Man. City

Dimitar Berbatov antara pemain yang pernah menjadi rebutan banyak kelab ketika prestasi kemuncak bersama Tottenham Hotspur.

Beliau menyatakan antara kelab yang mahukan beliau adalah 2 kelab Manchester iaitu, Man. United dan Man. City.

Namun beliau menyebut ‘f**k off’ ketika mendengar ejennya menyebut ada tawaran daripada Man. City pada 2008.

Berbatov mahukan perpindahan ke Man. United daripada Spurs dalam hari perpindahan deadline day yang sangat tegang ketika itu.

Man. United berjaya mendapatkan Berbatov pada minit-minit akhir dengan perpindahan £30 juta.

Ketika itu Man. City yang sudah diambil alih dan memiliki wang. Mereka berjaya mendapatkan Robinho.

Kemudiannya, mereka mahu mendapatkan Berbatov selepas berjaya mendapatkan bintang Brazil itu.

Berbatov yang mendengar ada tawaran rasmi daripada Man. United dan kemudian datang tawaran daripada Man. City.

Kelab The Cityzens mahu mencantas perpindahan itu pada saat akhir.

Man. City menawarkan harga lebih tinggi iaitu £34 juta dan tawaran gaji yang lebih lumayan. Namun Berbatov tidak berminat langsung untuk ke Manchester City.

Bercakap kepada FourFourTwo, beliau berkata:

“Saya tak percaya ianya sangat hampir. Ejen saya memberitahu saya bahawa ada minat daripada kelab lain.”

“Saya tak mahu, saya beritahu dia yang saya cuma mahu pergi ke Man. United, kerana kelab itu penuh dengan sejarah pemain, tradisi dan segalanya.”

“Rasanya ketika itu adalah malam sebelum City mendapatkan Robinho dari Real Madrid. Ejen saya berkata: ‘Berba, ada pasukan lain mahukan anda, Man. City.”

“F**k off, kita akan ke Man. United.”

“Kemudian dia berkata yang mereka (City) tawarkan saya wang lebih banyak.”

“Bukan semua perkara berkaitan duit. Saya rasa saya membuat keputusan yang tepat kerana saya akan berada di puncak impian saya.”

“Terutama sekali untuk orang dari Timur Eropah, dari pekan kecil, dan tiada seorang dari tempat saya pernah tiba di kelab sebesar itu sebelum ini. Ianya detik yang menggembirakan.”

Berbatov berjaya memenangi 2 EPL bersama Man. United dan juga 1 Piala Liga serta Piala Kelab Dunia.

Beliau menjaringkan 56 gol sepanjang di Old Trafford sebelum berhijrah ke Fulham pada 2012. Ini diikuti ke Monaco, PAOK dan Kerala Blasters. Beliau ada 78 kaps bersama Bulgaria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN