JDT Umum Lanjutkan Kontrak 12 Pemain, Diselit Klausa Perlepasan RM6 Juta – RM15 Juta

Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards mengumumkan yang mereka sudah melanjutkan kontrak beberapa pemain.

3 lagi pemain masih dalam proses rundingan dengan kelab untuk lanjutan kontrak.

JDT dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim 2019 yang lebih mencabar dengan saingan ACL.

3 pemain iaitu, Safawi Rasid, Haziq Nadzli dan Syamer Kutty dihadiahkan kontrak lanjutan selama 4 tahun sehingga 2022.

Manakala, 4 lagi pemain iaitu Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq dihadiahkan kontrak lanjutan 3 tahun.

Sementara itu, Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Fazail dan Gary Steven Robbat pula menandatangani kontrak sehingga tahun 2020.

Legenda hidup mereka, S. Kunanlan melanjutkan kontrak beliau satu musim dengan pilihan untuk memperbaharui satu tahun lagi sehingga 2020.

Jengka – JDT player, Fazly Mazlan (15) and Aidil Zafuan And Razak (7) and Felda United FC player, Firdaus Faudzi (15). Photo by Imotai / www.asiana.my

Aidil Zafuan Abdul Radzak melanjutkan kontrak setahun lagi sehingga 2019.

Allistair mengesahkan yang kesemua pemain mereka tertakluk kepada klausa perlepasan di antara RM6 juta sehingga RM15 juta. Beliau juga berkata:

“Terdapat beberapa pemain tempatan yang turut mempunyai kontrak sehingga penghujung musim 2019 dan JDT masih berunding dengan tiga pemain lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN