Rusia 2018: Fernando Hierro Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Sepanyol

Drama pra-Piala Dunia 2018 bermula semalam selepas FA Sepanyol telah membuat keputusan untuk memecat jurulatih mereka, Julen Lopetegui dari tugasnya.

Keputusan ini dilakukan selepas FA Sepanyol mendapati Lopetegui melanggar kontrak dengan menandatangani kontrak untuk menjadi pengurus Real Madrid selepas Piala Dunia.

Tindakan mengejut itu telah mengejutkan ramai pihak dengan keputusan kini diambil dalam masa kurang dari 48 jam sebelum Piala Dunia bermula.

Dengan pemergian Lopetegui, FA Sepanyol telah membuat keputusan untuk melantik Fernando Hierro sebagai jurulatih sementara Sepanyol.

Hierro yang merupakan pengarah teknikal bagi FA Sepanyol dilantik sebagai pengganti berkuatkuasa serta-merta.

Beliau akan mengendalikan sesi latihan Sepanyol dan akan bertugas untuk perlawanan pertama Sepanyol menentang Portugal.

VILLAREAL, SPAIN – JUNE 03: Fernando Hierro, sporting director of Spain looks on prior to the International Friendly match between Spain and Switzerland at Estadio de La Ceramica on June 3, 2018 in Villareal, Spain. (Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Jimat 2 juta

Siapakah yang beruntung dalam isu Lopetegui ini? Semestinya Real Madrid!

Real Madrid dikatakan telah jimat sebanyak €2 juta selepas FA Sepanyol memecat Lopetegui.

Hal ini kerana, Real Madrid pada mulanya ingin membayar klausa tebus kontrak sebanyak €2 juta kepada FA Sepanyol untuk mendapatkan Lopetegui selepas Piala Dunia.

PARIS, FRANCE – MARCH 28: Julen Lopetegui, coach of Spain gives instructions during the International Friendly match between France and Spain at Stade de France on March 28, 2017 in Paris, France. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Namun selepas jurulatih itu dipecat, beliau kini telah menjadi ejen bebas dan Real Madrid boleh mendapatkan beliau secara percuma.

Lopetegui bakal menjadi pengurus Real Madrid selama 3 tahun menurut kontrak yang telah dipersetujui.

Beliau yang merupakan bekas pemain dan pengurus Real Madrid Castilla, hanya pernah melakukan 1 penampilan sahaja bersama skuad utama Los Blancos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN