Rusia 2018: Modric Rela Tukar Kejuaraan Beliau Bersama Real Madrid Demi Piala Dunia

Setiap pemain bola sepak, idamannya adalah untuk menjulang Piala Dunia.

Walaupun ada kejohanan berprestij lain seperti UEFA Champions League dan juga EURO, kejuaraan Piala Dunia bersama negara sendiri adalah yang paling diidami antara semua.

Itulah yang dialami oleh Luka Modric ketika ini, Modric amat mendambakan kejuaraan di peringkat antarabangsa bersama negaranya dikala beliau telah mencapai pelbagai kejuaraan di peringkat kelab bersama Real Madrid.

Malah, beliau mengakui rela untuk menukar beberapa kejuaraan yang beliau miliki bersama Real Madrid demi memperloleh kejuaraan Piala Dunia bersama Croatia.

“Saya rela tukar beberapa kejuaraan yang sama miliki demi mendapatkan kejayaan besar bersama Croatia!”

PIRAEUS, GREECE – NOVEMBER 12: Luka Modric of Croatia during the FIFA 2018 World Cup Qualifier Play-Off: Second Leg between Greece and Croatia at Karaiskakis Stadium on November 12, 2017 in Piraeus, Greece. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Musim ini merupakan musim yang cukup sukar buat Real Madrid. Hal ini kerana mereka mengalami musim yang tidak baik dalam saingan domestik.

Namun, mereka berjaya mengatasi pelbagai rintangan dalam saingan peringkat Eropah apabila menjulang kejuaraan di Kiev tempoh hari.

Akan tetapi menurut Modric, mereka hadapi pelbagai rintangan sukar sebelum bergelar juara.

“Sukar untuk kami capai kejuaraan tanpa drama.”

“Tapi pada musim ini kami dapat laluan yang paling sukar sejak saya bermain untuk kelab ini, kami menentang juara Perancis, juara Itali, juara Jerman dan Liverpool di perlawanan akhir.”

KIEV, UKRAINE – MAY 26: Sergio Ramos of Real Madrid lifts the trophy after his side won the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Jadi pada saya, kami berhak menang kejuaraan Eropah.”

Croatia diletakkan dalam kumpulan D dalam saingan Piala Dunia 2018 bersama-sama Nigeria, Iceland dan pasukan pilihan Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN