Aksi minggu ke-12 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila juara bertahan, Manchester City akan berkunjung ke Anfield bagi berdepan pendahulu liga, Liverpool.
Di samping Liverpool dan Manchester City memiliki skuad yang mantap di segenap posisi, lebih menarik untuk disaksikan adalah kedua-dua pasukan kini merupakan dua pasukan di tangga teratas selepas mengharungi 11 perlawanan.
Liverpool gah dengan 31 mata hasil 10 kemenangan dan satu keputusan seri manakala Manchester City mengejar di tempat kedua dengan 25 mata.
Bagi pemain tengah Manchester City, Fernandinho, beliau menegaskan bahawa The Cityzens turun ke Anfield dengan misi yang jelas untuk cuba meraih kemenangan.
”Kami ke sana [Liverpool] dan mencuba untuk memenangi perlawanan. Mentaliti ini sentiasa mencuba dalam meraih kemenangan, seperti yang kami lakukan [menentang Atalanta], dari minit pertama.”
”Seperti yang saya katakan, dengan perlawanan seperti itu, sekiranya anda tidak boleh memenangi perlawanan, anda tidak boleh tewas.”
”Bermain dengan kekurangan seorang pemain, kedua-dua penjaga gol terpaksa dikeluarkan akibat situasi yang berbeza. Saya merasakan itulah semangat para pemain, sudah pasti.”
”Seperti saya katakan, kami kesana pada Ahad ini dan cuba untuk memenangi perlawanan itu,” ujar Fernandinho melaungkan keyakinannya.
Kredit foto: AS English